Tiada SOP khas Tarawih

February 4, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat Tarawih di masjid serta surau sempena Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat Tarawih, lapor Bernama.

“Sekarang (pelaksanaan ibadah) masih berjalan mengikut SOP sedia ada, tidak kira sewaktu solat atau berada di kedai makan.

“SOP ditentukan Kementerian Kesihatan perlu sentiasa dipatuhi dan setakat ini, tiada (SOP) khusus untuk solat terawih,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022 hari ini.

Antara SOP pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau pada masa ini adalah semua ahli jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup muka.

Selain itu, pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya satu meter.

Mengenai penyebaran ajaran ‘mimpi’ lelaki Pakistan oleh Gerakan Akhir Zaman (Gaza) di negara ini, Idris berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah untuk menyiasat perkara tersebut.

“Jika ia berlaku di mana-mana negeri, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan hubungi Jabatan Agama Islam negeri untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan ambil tindakan seperti ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT). Jika ada laporan mengenai ajaran sesat ini di media sosial, kita juga akan laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kumpulan Gaza itu mengajak orang ramai mempercayai seorang lelaki dari Pakistan, Muhammad Qasim Abdul Karim, yang mendakwa hanya mengikut kehendak Allah SWT di dalam mimpinya.

Antara dakwaan mimpi lain yang dialami Muhammad Qasim adalah bertemu Allah, bertemu Rasulullah sebanyak 300 kali namun tidak berani memandang baginda serta diberikan amanah oleh Allah untuk berkongsi mimpinya dengan masyarakat.

Selain itu, lelaki itu mendakwa bermimpi bertemu dajal beberapa kali, selain dapat melihat Yakjuj dan Makjuj ketika dilepaskan di bumi.

Sementara itu, Idris turut menasihatkan umat Islam di negara ini untuk mempelajari ilmu agama dengan guru yang bertauliah supaya tidak terjebak dengan sebaran fahaman sesat.

“Saya lihat terdapat segelintir umat Islam hanya bergantung dan ‘berguru’ di media sosial semata-mata, seperti yang dinyatakan Imam Ghazali, mengaji tanpa berguru itu tok gurunya adalah syaitan,” katanya.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023· Isu semasa
Solat Aidilfitri: Umat Islam Perlis disaran pakai pelitup muka
April 18, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok