Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?

April 21, 2023 · Isu semasa

Ramadan adalah bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia kerana keistimewaan yang tersendiri yang tidak dapat dinikmati pada bulan lain.

Kelebihan pahala puasa yang berlipat ganda untuk segala amal ibadah yang dilakukan semestinya menjadi keutamaan untuk seluruh umat Islam mengejar dan mengumpul pahala sebanyaknya sebelum ianya berakhir.

Namun, selalu kita terlepas dengan amalan menjaga kesihatan badan dengan makanan atau minuman ketika berbelanja di bazar ramadhan atau ketika menyiapkan juadah –juadah berbuka puasa.

Rakyat Malaysia lebih sinonim dengan menu-menu bazar yang boleh dikatakan lazat dan membuka selera. Antaranya seperti murtabak, roti John, kuih –muih traditional, juadah pemanis mulut yang pelbagai dan juga aneka air balang.

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Siti Syahirah Saru,  olahan resepi yang telah dilakukan oleh penjual bagi melariskan jualan mereka antaranya dengan menambah extra sos dan keju bagi menu murtabak dan roti John menyebabkan tambahan kalori yang berlebihan bagi satu hidangan makanan tersebut.

“Sebagai contoh, satu hidangan murtabak biasa (satu keping) bersamaan 550kalori berbanding murtabak cheese (satu keping) 697 kalori. Begitu juga jika hidangan air balang yang ada penambahan susu pekat manis atau aiskrim yang menambah kalori berlebihan anggaran 100 hingga 200 kalori berbanding dengan hanya menggunakan gula dalam satu hidangan menu air tersebut.

“Jika diamalkan setiap hari, kalori yang berlebihan tersebut boleh menyebabkan berat badan boleh bertambah,“ katanya.

Selain itu, Siti Syahorah memberitahu, pemilihan menu yang tinggi lemak dan bergoreng boleh menyumbang kepada pengambilan lebihan kalori seperti ayam goreng, lauk-pauk yang bersantan dan juga juadah pemanis mulut atau kuih-muih yang bergoreng. Sebagai contoh, satu biji popia goreng mengandungi 130 kalori berbanding satu biji popia basah hanya 90 kalori. Perbezaan sebanyak 40 kalori.

‘‘Jangan terkejut apabila jumlah kalori yang diambil oleh seseorang boleh mencecah hampir 2500 kalori hanya pada waktu berbuka sahaja! Untuk makluman, saranan pengambilan kalori bagi lelaki dewasa (30 hingga 59 tahun) dengan gaya hidup sedentari hanya 2000 kalori sehari dan wanita (30-59 tahun) hanya 1700 kalori sehari.

Justeru, beliau memberitahu,  bulan puasa tidak menjanjikan penurunan berat badan jika tiada kawalan kalori dan pemilihan menu sihat dilakukan ketika menikmati juadah berbuka puasa.

“Pertambahan berat badan berpunca daripada pengambilan lebihan kalori ini boleh dielakkan dengan mengamalkan kaedah suku-suku separuh, minum air kosong mencukupi, kawalan minuman dan makanan manis dan juga kawalan makanan yang tinggi lemak dan bergoreng,” ujarnya.

Berita berkaitan
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
March 22, 2023· Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
March 22, 2023· Isu semasa
Buka kantin walaupun pelajar bukan Islam tak ramai: Menteri Pendidikan
March 22, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok