Buka kantin walaupun pelajar bukan Islam tak ramai: Menteri Pendidikan

March 22, 2023 · Isu semasa

Menteri Pendidikan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Fadhlina Sidek mencadangkan semua kantin sekolah dibuka seperti biasa pada bulan Ramadan, walaupun terdapat bilangan murid bukan Islam yang sedikit.

Beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk kantin sekolah ditutup kerana tidak mahu wujud lagi senario pelajar makan di dalam stor atau di tepi longkang.

“Yang kita hendak tegaskan ialah soal keperluan kita menyantuni kanak-kanak bukan Islam walaupun dalam bulan Ramadan… kerana ini adalah Kerajaan Madani, kerajaan inklusif, yang mana kedua-dua pihak perlu saling menghormati.

“Mereka yang berpuasa kena santuni yang tidak berpuasa, yang tidak berpuasa kena belajar menghormati mereka yang berpuasa.

“Justeru, saya menyarankan pengusaha kantin untuk terus buka kerana ada kanak-kanak di sekolah rendah yang tidak wajib lagi berpuasa,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan PETRONAS 2023, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu (L), di Kuala Lumpur, hari ini (22 Mac 2023).

Umat Islam Malaysia dijangka memulakan puasa Ramadan, esok. Penentuan tarikh puasa adalah berdasarkan ‘rukyah’ (melihat anak bulan) dan ‘hisab’ (pengiraan).

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, semua pihak perlu menjadi inklusif serta saling menghormati budaya dan agama satu sama lain.

“Oleh itu, tidak ada keperluan untuk (kantin sekolah) tutup. Saya sarankan terus buka dan (pengusaha kantin) berbincang dengan pihak sekolah sebab saya pasti ada juga kanak-kanak Muslim yang tidak berpuasa pada awal umur,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa, dilaporkan berkata tidak wajar semua kantin sekolah beroperasi pada Ramadan kerana ada sekolah yang mempunyai pelajar bukan Islam tidak ramai, iaitu kurang 10 peratus.

Siti Normah berkata, KPM harus menyerahkan keputusan membuka kantin itu berdasarkan pertimbangan pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin mengikut keperluan pelajar.

Ini kerana jika kantin sekolah dibuka, pengusahanya perlu menanggung kos pengoperasian yang tidak boleh ditampung nilai jualan diperoleh.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
MP Beluran gesa jangan kecualikan menteri dalam senarai ponteng Dewan Rakyat
November 6, 2023· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
16 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok