MP Beluran gesa jangan kecualikan menteri dalam senarai ponteng Dewan Rakyat

November 6, 2023 · Politik

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa supaya senarai menteri yang ponteng sidang Dewan Rakyat juga dimasukkan dalam senarai sekiranya ia mahu dilaksanakan Speaker, Tan Sri Johari Abdul.

Ahli Parlimen Beluran (Perikatan Nasional) itu membangkitkan kenyataan Johari sebelum ini yang mahu menyenaraikan ahli dewan yang tidak hadir semasa sesi Dewan Rakyat dan tujuan langkah tersebut, walhal umum mengetahui ramai ahli Kabinet kerajaan yang kerap ponteng sidang.

“Disebut tentang potong gaji ataupun meletakkan senarai nama (mereka yang tidak hadir) di dalam website, shaming them?” katanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mahu kepastian sama ada tindakan tersebut tertakluk kepada kumpulan-kumpulan tertentu iaitu sama ada hanya pihak pembangkang, atau penyokong kerajaan, atau barisan eksekutif sendiri.

“Kerana kalau dilihat attendance, dia tidak boleh ada ‘segregation’ of MPs di kalangan eksekutif dan juga backbencher dan pembangkang,” tegas beliau yang berpengalaman di Parlimen sejak 23 tahun dahulu,” katanya lagi.

Tegas beliau, hal mengenai kehadiran tersebut perlu dibincangkan Speaker secara terperinci dengan Ahli Dewan dan bukannya unilateral, termasuk melibatkan Jawatankuasa Dewan.

Ronald mengemukakan Peraturan Mesyuarat perkara 13 yang merujuk kepada hal kedatangan di mana ia tidak ketat hingga boleh bersidang dengan tiga Ahli Dewan sekiranya dimaklum kepada Speaker dan jika kurang daripada 26 Ahli Dewan barulah ditentukan.

“Jadi maknanya dalam Peraturan Mesyuarat ini, isu korum, isu kehadiran telah pun di address, tetapi tidak secara rigid seperti yang dikehendaki oleh Speaker,” ujarnya bersoal sama ada Speaker mahu semua 222 Ahli Dewan hadir.

Menurut beliau, selama ini isu tersebut tidak pernah diperbesarkan kerana menyedari keperluan misalnya di pihak eksekutif untuk memenuhi jadual kerajaan, tetapi hadir pada waktu-waktu yang dikehendaki.

Namun kesalinya, perkara yang terjadi mutakhir ini adalah apabila Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan tidak hadir bagi penggulungan peringkat dasar bajet dan menjawab soalan-soalan dikemukakan.

“Sebahagian daripada tugas mereka (eksekutif) juga ada di luar sana dan sebab itu dalam Peraturan Mesyuarat ia (kehadiran) relaks on this, tetapi saya tahu kebertanggungjawab Ahli Parlimen untuk hadir Parlimen.

“Saya setuju bahawa semua Ahli Parlimen mesti hadir Parlimen. Tetapi kehadiran juga subjektif Tan Sri Pengerusi kerana Ahli Parlimen boleh duduk satu minit sini dan keluar dan pulang juga consider sebagai hadir dalam Dewan.

“So how do you find kehadiran satu minit duduk sini pun boleh dikira sebagai hadir orang yang duduk yang datang Parlimen satu minit dan pulang tidak terlibat dalam perbahasan juga. Sebab itu kita kena define dalam melihat isu ini.

“So bila Speaker sendiri membuat kenyataan di luar sana, isu ini menjadi panas dan kita Ahli-ahli Parlimen dilihat sebagai ponteng Parlimen tanpa sebab dan dilihat kita sebagai tidak mewakili kehendak rakyat yang kita wakili,” hujahnya.

Johari bagaimanapun menolak bahawa kenyataan beliau itu sebagai ‘memalukan’ Ahli Parlimen, namun dibalas Ronald bahawa itulah interpretasi rakyat apabila isu tersebut dinyatakan Speaker di luar Dewan.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
54 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok