Solat Aidilfitri: Umat Islam Perlis disaran pakai pelitup muka

April 18, 2023 · Isu semasa

Jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh Perlis digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri, berikutan terdapat peningkatan penularan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah perkara berkenaan selaras dengan pelaksanaan solat Aidilfitri di seluruh negeri itu yang turut digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada jam 8 pagi, sama seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.

“Pemilihan tanah lapang berkenaan tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di seluruh Perlis dan pelaksanaan ini selaras dengan Sunnah Baginda Rasulullah SAW.

“Walaubagaimanapun, pihak Jawatankuasa Kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan, bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.

“Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri selain musolla yang ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Kariah seperti surau rasmi dalam Negeri Perlis, pelaksanaannya hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Kariah Masjid dan mendapat persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs),” titah Tuanku Syed Faizuddin dalam kenyataan media hari ini.

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak sesuai, pelaksanaan solat Aidilfitri akan dilaksanakan dalam ruang dalam masjid kariah masing-masing pada jam 8.15 pagi.

“Hebahan berkaitan perubahan lokasi dari musolla ke ruang dalam masjid perlu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid pada jam 7.45 pagi dan memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes Covid-19 seperti yang dilaporkan di media, maka digalakkan kepada jemaah untuk mengambil langkah keselamatan yang perlu seperti memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri.

“Bagi pelaksanaan Solat Aidilfitri di Kariah Kota Raja Arau, solat akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau namun sekiranya keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, solat Aidilfitri akan didirikan di ruang solat Masjid Negeri Arau.

“Pengurusan masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan pelaksanaan solat Aidilfitri seperti lafaz takbir hari raya, kaifiyat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat bersamaan 21 April, jemaah yang hadir solat Aidilfitri boleh memilih untuk menunaikan solat Jumaat atau solat Zohor berdasarkan riwayat yang sahih daripada salaf al-saleh,” titah baginda.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok