Wanita berkomplot bunuh suami ditahan bersama empat suspek

September 19, 2022 · Isu semasa

Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan suami wanita itu di sebuah rumah di Taman Aneka Baru, Sungai Udang di Klang, empat hari lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata wanita berumur 37 tahun itu ditahan sekitar jam 10 malam Khamis, tidak sampai 24 jam selepas polis menerima laporan berhubung satu insiden, kononnya suami wanita itu terbunuh dalam kejadian rompakan jam 2.14 pagi pada hari berkenaan.

Beliau berkata suspek dipercayai membuat perancangan untuk membunuh suaminya sendiri kerana dendam, dengan berkomplot bersama empat lelaki berumur 20 hingga 36 tahun, yang ditahan polis antara Jumaat lepas dan semalam sekitar Klang dan Senawang, Negeri Sembilan.

Katanya dalam kejadian Khamis lepas, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang daripadanya terbaring berlumuran darah di kawasan rumah berkenaan.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan seorang lelaki berusia 41 tahun telah meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Arjunaidi berkata suspek utama ketika itu memaklumkan, dua lelaki berpakaian serba hitam dan memakai topeng malah bersenjatakan pisau telah masuk melalui pintu hadapan rumah lalu menikam suaminya sehingga menyebabkan kematian.

“Dakwa wanita itu juga, perompak telah menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000 dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” katanya dan menambah lebih 14 tikaman dikesan pada tubuh si mati.

Katanya pada hari yang sama, polis menahan isteri mangsa pada sebelah malamnya, dan wanita itu turut memberikan maklumat berkaitan individu lain yang merupakan kenalannya, disyaki berkomplot dengannya dalam kejadian itu.

“Semua suspek direman sehingga 22 Sept ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok