Varian Afrika Selatan paling banyak dikesan ancam ‘tsunami’ Covid-19

May 14, 2021 · Isu semasa

Varian baharu dari Afrika Selatan paling banyak dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibimbangi mengancam ‘tsunami’ kes baharu Covid-19 dalam negara ketika ini sekiranya orang ramai masih tidak berdisiplin dan mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan.

Ketika ini, KKM sedang bergelut ‘berperang’ mengawal penularan kes membabitkan varian dari United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah varian yang paling banyak dikesan di negara ini adalah varian dari Afrika Selatan (varian South African B.1.351.) dan kes Covid-19 daripada jangkitan varian berkenaan dikesan menular di beberapa negeri iaitu Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Sehingga kini, sebanyak 62 kes positif Covid-19 dikesan melibatkan varian Afrika Selatan sementara varian dari India (B.1.617) yang dikesan setakat ini melibatkan dua kes (B.1.617.1 dan B.1.617.2) dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia.

Menurut penjelasan Dr Noor Hisham, kes B.1.617.2, melibatkan bukan warganegara tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan kedua-dua ujian COVID-19 (pada 7 April dan 12 April) didapati negatif. Beliau dilaporkan positif pada 21 April dan meninggal dunia pada 1 Mei 2021.

Mengenai varian Brazil, beliau berkata, KKM setakat ini masih belum mengesan kes Covid-19 jangkitan varian berkenaan.

Untuk rekod, pada 11 Januari 2021, KKM memaklumkan pihaknya mengesan satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 melibatkan pengembara dari Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020. Pengembara itu didapati positif

Malaysia sebelum ini menyekat kemasukan pengembara dari Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan, sebagai susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India, berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Dr Noor Hisham turut menekankan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan dari 12 Mei hingga 7 Jun depan adalah antara usaha untuk mengekang penularan varian baharu yang mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kematian yang tinggi.

Malaysia merekod lonjakan kes harian baharu Covid-19 Malaysia melebihi tiga ribu dan menghampiri lima ribu kes di samping kes kematian yang tinggi.

Berdasarkan data KKM, warganegara masih menyumbang purata 90 peratus kepada kes harian baharu Covid-19, setakat rekod KKM semalam (13 Mei 2021), daripada 4,855 kes, penularan tempatan adalah sebanyak 4,852 kes (4, 494 warganegara – 92.6 peratus dan 358 bukan warganegara – 7.4 peratus ) .

Kes import pula sebanyak tiga (3 kes) dan kesemuanya bukan warganegara.

Selain itu, data KKM turut menunjukkan masih ada kluster baharu dikesan dan kluster tempat kerja masih membiak kes positif COVID-19 yang banyak di samping kluster komuniti.

Sehingga Khamis 13 Mei 2021, sebanyak lapan (8) lagi kluster baharu, menjadikan jumlah kluster yang direkod dalam negara sebanyak 1,848 kluster. Sebanyaj 1,391 kluster dilaporkan tamat dan masih aktif sebanyak 457 kluster.

Daripada lapan (8) kluster baharu, lima (5) adalah kluster tempat kerja iaitu dua (2) di Selangor, dua (2) di Johor dan satu (1) di Pulau Pinang; dua (2) kluster komuniti (masing-masing satu di Sarawak dan Sabah) dan satu (1), kluster keagamaan, iaitu di Melaka.

Lebih membimbangkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Mei 2021 untuk seluruh negara kekal 1.14. Negeri mencatat Ro tertinggi ialah Kedah 1.25, Perak 1.23 dan Melaka 1.22.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan pada Mei secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok