‘Usah panik raya terkejut’

April 16, 2023 · Isu semasa

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak terkejut atau panik sekiranya Aidilfitri disambut lebih awal daripada dijangkakan.

Ini kerana katanya, penetapan 1 Syawal di Malaysia dibuat berdasarkan Ikmanur Rukyah iaitu kebolehnampakan anak bulan Syawal, yang bergantung kepada cerapan pada 20 April nanti.

Menurutnya kebolehnampakan, ukuran dan umur anak bulan Syawal itu adalah berbeza mengikut negara.

“Menurut data yang diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia).

“Namun, masyarakat terkesan dengan sumber dari negara luar, yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza,” katanya menurut Bernama hari ini (16 April 2023).

Cerapan anak bulan di negara ini akan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara, pada Khamis, 20 April ini.

Terdahulu, terdapat kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia sejarah ‘raya terkejut’ seperti tahun lalu akan berulang apabila tular di media sosial spekulasi 1 Syawal jatuh pada 21 April ini.

Mengulas lanjut, Zamri meminta rakyat negara ini menunggu pengisytiharan Majlis Raja-Raja pada malam 20 April dan bersatu hati meraikan 1 Syawal seperti diumumkan nanti.

“Ikutlah apa yang ditetapkan nanti. Jangan panik kerana raya terkejut atau tidak, yang penting adalah kita mematuhi rukun dengan bertakbir dan melakukan solat sunat Aidilfitri. Kita tumpu hari raya sebagai ibadah.

“Kewajipan pemerintah adalah untuk melihat syiar Islam ditegakkan dan memastikan umat Islam bersatu padu.

“Kita tidak mahu berlaku seperti di negara lain, yang tarikhnya berbeza-beza seperti pada sekitar 80-an sehinggakan Majlis Raja-Raja membuat satu ketetapan standard supaya dapat dipatuhi oleh semua umat Islam di Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO
April 28, 2023· Politik
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023· Isu semasa
Rakyat marah buat sampai 6 rumah terbuka ketika kehidupan susah
April 27, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok