UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi

August 9, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu UMNO cawangan Taman Kebun Teh di Johor menerima cek bernilai RM10,000 daripada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi perbelanjaan kejohanan bola sepak, sembilan tahun lalu.

Timbalan Ketua UMNO cawangan itu Abu Bakar Abd Aziz, 72, berkata sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun Maybank Islamic yang merupakan akaun rasmi cawangan itu pada 10 Disember 2013.

“Susulan kemasukan wang berkenaan, pada 13 Dis 2013 saya mengesahkan terdapat pengeluaran sekeping cek bernilai RM7,000 kepada Mohamad Danial Zainal Abidin iaitu Ketua Pemuda UMNO Taman Kebun Teh bagi tujuan perbelanjaan program Pertandingan Bola Sepak Piala Pusingan YB Tan Sri Shahrir Hj Ab Samad,” katanya menurut Bernama.

Abu Bakar menambah bahawa beliau sendiri yang memohon untuk mendapatkan sumbangan itu kepada Ab Shahrir kerana ahli politik tersebut adalah Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.

Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketika disoal peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros sama ada beliau mengetahui bahawa RM10,000 itu adalah simpanan hari tua Ab Shahrir, Abu Bakar menjawab “saya tidak tahu.”

Saksi itu bersetuju bahawa apabila cawangan tersebut berdepan masalah kewangan, antara sumber utama untuk mendapatkan bantuan ialah daripada Ketua Bahagian iaitu Ab Shahrir.

Menjawab soalan peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad sama ada beliau meragui sumber cek itu, Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai sebarang keraguan dalam hal tersebut.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali sama ada RM10,000 itu adalah wang simpanan hari tua Ab Shahrir, Abu Bakar berkata beliau tidak pernah bertanya dan tidak tahu sumber wang tersebut.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar keterangan penasihat jualan Sutera Auto Sdn Bhd, Abdul Rahman Sivam Abdullah, 52, berhubung pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hibrid bernilai RM118,485 oleh Ab Shahrir.

Menurut Abdul Rahman, adalah tidak pelik sekiranya individu berusia seperti Ab Shahrir mampu membuat pembayaran penuh bagi pembelian kereta bernilai RM100,000.

“Kalau ikut pada jawatan, insya-Allah boleh dan tidak pelik,” kata saksi pendakwaan kesembilan itu.

Semalam, mahkamah diberitahu bahawa Ab Shahrir membuat pembayaran penuh bagi pembelian kereta itu menggunakan sekeping cek pada 21 Dis 2013.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok