UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong

November 30, 2022 · Isu semasa

Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan oleh persatuan sekolah persendirian Cina tidak mematuhi kurikulum kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Dr Teo Kok Seong berkata selain tidak mematuhi penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, UEC hanya menggunakan bahasa Cina dan Inggeris.

“UEC juga tidak mematuhi bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan kurikulum kebangsaan yang termaktub di bahagian IV, sistem pendidikan kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996.

“UEC hanya menggunakan bahasa Cina dan Inggeris serta silibus China, sebab itu ia diiktiraf di China, Taiwan dan Hong Kong serta beberapa negara asing lain.

“Namun, ia bertenta­ngan secara terang-terangan dengan sistem pendidikan negara kerana mereka tidak guna bahasa Mela­yu dan kurikulum nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) memohon sijil berkenaan dibincang dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Desakan itu muncul semula setelah Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai DAP, serta disokong UMNO, menubuhkan kerajaan Persekutuan setelah didakwa memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen, walaupun pada PRU-15 lalu parti itu tidak dapat membentuk kerajaan sendirian.

DAP juga sebelum ini pernah menuntut supaya UEC diiktiraf.

Dong Zong juga sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Untuk rekod padaa 2018 lalu sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji UEC yang bukan sahaja melibatkan isu peperiksaan semata-mata, tetapi soal perundangan, integrasi nasional dan masa depan anak-anak bangsa.

Jawatankuasa khas mengkaji UEC itu diketuai anak kepada pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Dr Eddin Khoo dan dibantu Timbalan Presiden Dong Zong, Tan Yew Sing serta Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim.

UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata kebanyakan anak-anak Cina ada UEC kerana ibu bapa mereka tidak yakin dengan sistem pendidikan kebangsaan yang dikatakan terlalu Malay-centric (berpaksikan Melayu).

“Mereka pula taksub de­ngan budaya Cina, jadi mereka mahukan aliran bahasa Cina, sebab itu mereka tidak boleh terima sistem pendidikan lain,” katanya.

Justeru, beliau meminta supaya kerajaan mencari penyelesaian dan menggesa ahli-ahli politik tidak memainkan lagi isu UEC.

“Kerajaan perlu membuat pertimbangan pendidikan bukan pertimbangan politik. Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak menyokong UEC tetapi beliau dalam keadaan terpe­rangkap.

“Kerajaan perlu tolak terus UEC. Ahli-ahli politik pun tak bolehlah letak manifesto pasal UEC sehingga memberi harapan palsu dan akhirnya menje­rat sendiri. Ini dah macam kaduk naik junjung kerana main politik. Kerajaan sepatutnya awal-­awal lagi menoktahkan isu ini,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok