Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang

December 13, 2021 · Isu semasa
Kostum bertema Ulek Mayang membawa tuah buat wakil Malaysia di Miss Grand International, Lishalliny Kanaran, apabila dinobatkan sebagai pemenang kostum kebangsaan terbaik, malam tadi.
Diberi nama ‘7 Puteri Purba Ulek Mayang’, ia mengambil inspirasi daripada lagu rakyat Terengganu itu, yang mengikut cerita, menjadi sebahagian upacara penyembuhan untuk nelayan yang dirasuk.

Pakaian seberat 50 kilogram memaparkan keunikan kisah di sebalik busana ritual berasal dari negeri Terengganu itu lengkap dengan tujuh puteri pada bahagian belakang, penampilan Lishalliny cukup unik berbanding peserta lain.

“Lagu ni saya selalu dengar semasa waktu sekolah dahulu kerana lagu ini selalunya digunakan sebagai persembahan pentas. Saya tahu bahawa ramai orang pernah mendengar lagu ini  terutama di majlis keramaian. Jadi inilah peluang saya untuk kembalikan lagi memori zaman tersebut. Hasilnya, saya adaptasi dengan menghasilkan busana seorang pawang berwarna hitam dan emas dan tujuh puteri,” kata pereka busana tersebut,  Aldrin Grame .

Tujuh puteri itu pula berpakaian berwarna biru dan emas, dilengkapi aksesori kepala yang mewah.

Kemenangan itu juga menyaksikan Lishalliny, 24 tahun, berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.

Tambah beliau, sebelum memilih material yang sesuai, saya bereksperimen dengan beberapa pilihan material dahulu sebelum melanjutkan proses pembuatan rekaan ini.

“Ia mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk dan tempoh menyiapkan badan patung ketujuh-tujuh puteri selama satu bulan. Selain itu,  tempoh persiapan rangka besi lebih kurang satu bulan . Saya menyiapkan kostum ini sepenuhnya selama dua minggu terakhir dengan bantuan lima kakitangan.

“Cabaran saya yang pertama ialah kewangan. Kostum segah ini sudah tentu memakan perbelanjaan sangat besar jika mahukan hasil yang memukau. Saya sanggup berkorban demi negara untuk merealisasikan kostum ini. Terima kasih kepada anda yang sudah membantu saya di waktu yang mencabar. Sudah tentu saya menghargai sumbangan anda, dan hanya Tuhan sahaja dapat membalas kebaikan anda,” katanya.

Selain itu, Aldrin turut berhadapan dengan masalah dari segi berat dan size kostum tersebut. Ini kerana sistem pembungkusan kapal terbang mempunyai sukatan tertentu. Jadi Aldrin perlu menyiapkan kostum mengikut saiz yang diberi agar setiap bahagian mudah dipisah dan dipasang bagi mengelakkan kos berlebihan untuk bagasi bersaiz besar dan secara tidak langsung menjimatkan masa pemasangan kostum ketika di Bangkok.

“Sebanyak 50 peratus material kain, renda dan batu dan kaca permata, 20  peratus material dari foam, 20 peratus material gabus dan 10 peratus besi. Walaupun material besi sebanyak 10 peratus, tetapi sebenarnya material inilah yang penyumbang berat terbesar jika dibandingkan beratnya daripada yang lain.

“Secara keseluruhan, kos menyiapkan busana ini lebih daripada RM20 ribu termasuk material, penghantaran serta kerugian dan kos workmanship. Busana ini mengambil masa selama enam bulan untuk siap sepenuhnya.

Berita berkaitan
Soo Winnci harungi laluan sukar untuk berjaya
November 27, 2021· Isu semasa
Ratu Cantik Malaysia 2021: Doktor cantik, bijak
November 24, 2021· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok