Ratu Cantik Malaysia 2021: Doktor cantik, bijak

November 24, 2021 · Isu semasa

Pentas pertandingan ratu cantik Malaysia telah menyaksikan doktor muda, Dr. Lavanya Sivaji dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2021 pada 16 Oktober lalu.

Pertandingan yang dilaksanakan secara virtual ini turut menyaksikan Miss World 2021 Grand Coronation Night telah dilancarkan secara maya di Hyperlive.tv.

Kemenangan Dr. Lavanya yang mengalahkan 38 finalis lain itu sekali gus melayakkannya untuk bertanding di pertandingan ratu cantik Miss World ke-70 di Puerto Rico pada 16 Disember akan datang.

Sebelum ini wanita yang dibesarkan di Taman Seri Gombak, Batu Caves ini pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia Indian Global 2019 dan memenangi tempat ketiga.

Wanita cantik berketurunan India ini merupakan seorang graduan dalam bidang perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Dia juga pernah menjalani latihan praktikalnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Selain itu, Dr Lanvanya pernah terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Doctors On Ground, dan dia melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pelarian Rohingya di Selayang.

Dr Lanvanya juga merupakan pengasas 4Them yang merupakan sebuah projek kebajikan yang memartabatkan masalah kesihatan dan juga nutrisi pemakanan di kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia.

Berita berkaitan
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021· Isu semasa
Soo Winnci harungi laluan sukar untuk berjaya
November 27, 2021· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok