Trafik lancar di lebuh raya utama pada hari raya ketiga

May 4, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri, hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat 10 pagi, lapor Bernama.

Selain itu, trafik juga dilaporkan lancar di Tambak Johor di kedua-dua arah laluan Malaysia-Singapura.

LLM turut menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Berita berkaitan
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Lebuh raya utama seluruh negara masih tinggi aliran trafik
April 24, 2023· Isu semasa
Trafik di lebuh raya utama seluruh negara meningkat
January 20, 2023· Isu semasa
Banjir lebat KL, terowong SMART ditutup bagi hadapi banjir
December 10, 2022· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok