Tindakan akan diambil terhadap pihak kaitkan PKR dengan Liberal International: Fahmi

November 5, 2023 · Isu semasa

PKR akan meneliti tindakan undang-undang terhadap pihak yang berniat jahat mengaitkan parti itu dengan Liberal International.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata parti itu tidak pernah menjadi ahli Liberal International dan pertubuhan berkenaan, yang berpangkalan di London, telah mengeluarkan nama serta logo PKR daripada laman sesawangnya, lapor Bernama.

“Semalam saya dah umumkan bahawa PKR bukan ahli dalam Liberal International dan saya telah berhubung dengan pihak Liberal International.

“Jadi, saya akan minta kawan-kawan terutama peguam untuk mengambil kira tohmahan dan fitnah jahat yang dibuat oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan PKR dengan Liberal International dengan niat yang jahat… kita akan teliti sekiranya ada keperluan kita akan ambil tindakan perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemerkasaan OKU Celik Digital di sini hari ini.

Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata berdasarkan maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat lebih 200 konten berkait Liberal International yang cuba menyerang PKR serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi memang ada tingkah laku yang terselaras dan ini adalah serangan politik… penting untuk saya jelaskan secara fakta bahawa PKR bukan ahli Liberal International. Jadi hentikanlah tohamahan dan fitnah yang cuba dilempar,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan berpendirian bahawa pengendali rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi perkhidmatan 5G.

“Pendirian kerajaan adalah jangan kenakan caj tambahan. Kalau perlu saya akan arahkan (pengendali rangkaian mudah alih),” katanya.

Berita berkaitan
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok