Tiada waran tangkap dikeluarkan selepas Rosmah tak hadir prosiding

December 2, 2021 · Isu semasa

Waran tangkap tidak dikeluarkan terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini.

Rosmah tidak hadir pada perbicaraan hari ini, bagaimanapun Mahkamah Rayuan menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengambil sebarang tindakan berhubung perkara tersebut.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun memerintahkan Rosmah hadir di mahkamah Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuan terbabit.

Hanipah berkata, panel sebulat suara membuat keputusan itu dan turut menimbangkan Rosmah sebelum ini tidak pernah gagal hadir dalam prosiding di mahkamah.

“Kami telah mempertimbangkan cadangan responden agar perayu (Rosmah) dikenakan waran tangkap namun kami juga mengambil kira hujah peguam bela bahawa situasi ini berlaku kerana pembelaan terlepas pandang dalam menasihati perayu berhubung kehadirannya hari ini.

“Kami juga mengambil maklum bahawa perayu tidak pernah gagal untuk hadir pada perbicaraannya di Mahkamah Tinggi.

“Oleh itu, dengan menggunakan budi bicara kami agar waran tangkap terhadap perayu ditahan (withhold) pada peringkat ini dan perayu diberi peluang untuk hadir,” kata Hanipah dipetik laporan Utusan Malaysia.

Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.

Terdahulu, Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili Rosmah memaklumkan mahkamah anak guamnya masih berada di Singapura.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan beliau ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut menetapkan syarat bahawa pasport Rosmah mesti dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok