Tiada varian baharu Omicron dikesan setakat ini: KKM

November 30, 2021 · Isu semasa

Varian baharu, Omicron yang dikatakan lebih ganas dan cepat menular tidak dikesan penularannya dalam negara setakat ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM menafikan varian Omicron dikesan di Perak seperti didakwa dalam media sosial dan setakat ini tidak dikesan dalam Malaysia, kata Pasukan Respon Pantas dalam satu kenyataan.

“Orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan orang ramai,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi KKM, hari ini.

Beberapa negara Afrika merekodkan penemuan varian B.1.1.529 yang diberi nama Omicron pada 9 November lalu, sebelum dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 24 November.

Susulan itu, kebanyakan negara termasuk Malaysia menguatkuasakan perintah larangan perjalanan melibatkan negara Afrika bagi mengelak penularan varian baharu itu.

Jumaat lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pengembara Malaysia yang merancang melawat Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, adalah tidak dibenarkan, bermula keesokkannya susulan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 iaitu Omicron.

Selain itu, sekatan sementara kepada semua warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke semua negara terbabit turut dilaksanakan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok