Tiada kelulusan diberikan di hutan Bukit Tabur, kata MB Selangor

September 11, 2021 · Isu semasa

Susulan tular beberapa gambar pembersihan hutan di Bukit Tabur, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari tampil memberi penjelasan menafikan kelulusan diberikan pihak berkuasa tempatan kepada pihak tertentu untuk aktiviti yang dijalankan di tanah tersebut.

Amirudin berkata semakan sudah dibuat selepas menerima aduan awam berhubung laporan aktiviti yang dijalankan di pinggir Bukit Tabur berhampiran Permatang Kuartza Genting Klang itu.

“Setelah semakan lanjut dibuat oleh pihak MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dan Pejabat Daerah Gombak, tidak ada sebarang kelulusan diberikan untuk aktiviti-aktiviti di tanah tersebut.

“Pihak penguatkuasa telah turun ke lokasi tersebut untuk menghentikan aktiviti dan menyita jentera yang terlibat,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Beliau juga menafikan aktiviti yang melibatkan jentera berat tersebut melibatkan kelulusan yang diberikan kerajaan negeri Selangor, malah tindakan segera sudah diambil bagi menghentikan tindakan pihak terbabit.

“Untuk makluman saudara yang budiman, kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri dan tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

“Penguatkuasa telah pun turun bagi menghentikan aktiviti tersebut dan menyita jentera yang terliba,” katanya lagi.

Semalam, Agenda Daily melaporkan sebuah pertubuhan alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKAMalaysia) Malaysia berkongsi dalam hantaran di Facebook beberapa gambar yang menunjukkan sedang berlaku aktiviti pembersihan hutan di pinggir Bukit Tabur berhampiran Permatang Kuartza Genting Klang.

“Kenal tempat ni? Macam mana boleh kontraktor halimunan dengan jentera halimunan dia boleh sampai keatas dan menjalankan kerja-kerja perbersihan hutan dikawasan lereng bukit nie yea?

“Syaratnya hikers tak boleh naik, tetapi jengkaut dan kontraktor ‘invisible’ boleh bersihkan hutan ke apa? Satu lagi contoh penguatkuasaan yang boleh diberikan markah ‘F’,” kata pertubuhan tersebut dalam hantarannya.

Bukit Tabur setinggi 396 meter (1,300 kaki) merupakan lokasi terletaknya Permatang Kuartza Genting Klang.

Permatang Kuartza Genting Klang merupakan sebuah daik kuartza yang melalui sepanjang kawasan timur laut Kuala Lumpur dalam kawasan Bukit Lagong-Kanching-Klang Gates. Berukuran lebih 16 km panjang dan 200m lebar, ia adalah yang terpanjang seumpamanya di dunia.

Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan sangat sinonim dengan para pendaki, ia terletaknya Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates di sisi bukit.

Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan. Bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri.

Berita berkaitan
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023· Isu semasa
Berjaya Corp catat kerugian bersih RM117.30 juta
August 30, 2023· Isu semasa
Portal insurans Selangor yang kontroversi sedang diperkukuh ciri keselamatan, kata MBI
August 25, 2023· Isu semasa
Memahami kontroversi skim insurans Selangor, apa yang perlu anda tahu
August 24, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok