Tiada apa boleh henti pilihan raya jika Darurat tamat: KP Kesihatan

June 11, 2021 · Isu semasa

Tiada apa yang dapat menghentikan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ditangguhkan daripada diadakan, sekiranya perintah Darurat ditamatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun menegaskan hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara dan pertimbangan sama ada Darurat yang dijadual berakhir Ogos depan, perlu disambung.

“Terpulang kepada Agong untuk membuat keputusan.

“Apabila Ordinan Darurat dibatalkan, kita mesti melaksanakan tiga PRK dan PRN Sarawak kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pilihan raya di bawah Perlembagaan,” katanya dipetik daripada laporan Malay Mail hari ini.

Perlu diingatkan bahawa pelaksanaan Darurat yang bermula 11 Januari dan akan berakhir 1 Ogos depan dibuat selepas kerajaan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan berhubung penularan wabak Covid-19 yang terus mengancam kehidupan dan ekonomi rakyat.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelaksanaan Darurat mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan dan berkenan membentuk Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.

Darurat Kesihatan itu dikuatkuasakan susulan ancaman dan penularan pandemik Covid-19 yang terus meningkat dan menjejaskan kehidupan ekonomi rakyat.

Mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

“Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

Menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, ancaman terhadap kehidupan ekonomi merupakan salah satu asas untuk sesuatu Proklamasi Darurat dibuat.

Mengulas mengenai Perisytiharan Darurat itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak daripada awal lagi, melahirkan kebimbangan terhadap risiko penularan pandemik Covid-19 jika pilihan raya diadakan di negara ini.

“Ia berikutan peningkatan kes dan isu yang timbul selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan di Sabah pada akhir September lalu. Memang KKM dari awal lagi, amat bimbang sekiranya ada pilihan raya, sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK), PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU).

“Syor KKM dari dulu lagi, jika boleh, elakkan pilihan raya… inilah pendapat KKM,” katanya.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini blok pembangkang dan sekutu mereka daripada kalangan pemimpin UMNO mendesak Perisytiharan Darurat ditarik balik atau tidak disambung.

Tanpa mempedulikan nasih dan keselamatan rakyat, mereka juga pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lalu, terus menerus mendesak Perisytiharan Darurat itu tidak disambung.

Pada 2 Jun lalu negara mencatat detik hitam apabila merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu sebanyak 126 kes dalam tempoh 24 jam.

Pada 29 Mei pula angka jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sahaja adalah yang tertinggi sejak Covid-19 melanda negara iaitu sebanyak 9,020 kes, manakala pada 28 Mei (8,290 kes).

Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat tidak lumpuh.

Katanya, sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, PRU, PRN dan PRK tidak akan diadakan, walaupun dalam keadaan biasa, PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi diisytiharkan kosong.

Baru-baru ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat tempoh, tetapi PRN ditangguhkan susulan Perisytiharan Darurat yang masih berkuat kuasa.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan bahawa PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan memperakukan bahawa wabak Covid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat untuk diadakan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok