Teruskan SOP kunci kebebasan Covid-19

July 21, 2022 · Isu semasa

Adakah dunia kini benar-benar selamat daripada Covid-19 pada 2022? Ini kerana kebanyakan  negara sudah membuka pintu sempadan masing-masing kepada pelancong luar selepas hampir dua tahun aktiviti pelancongan terutama antarabangsa tersekat akibat pandemik.

Malah, ibadat haji yang pastinya membabitkan perjalanan merentas sempadan sudah bermula semalam apabila kira-kira sejuta jemaah melaksanakan wukuf di Arafah, diikuti rukun haji lain.

Menurut Presiden Ikatan Pertubuhan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Timbalan Pengarah Institut Kajian, Pembangunan & Inovasi (IRDI), International Medical University (IMU), Prof Dr. Azizi Ayob, pihak berkuasa kesihatan di kebanyakan negara mula mengeluarkan beberapa nasihat perjalanan dan kewaspadaan terhadap kemunculan beberapa varian baharu selepas Delta dan Omicron yang merebak pada akhir tahun lalu.

“Keadaan semasa menunjukkan penularan Covid-19 di kebanyakan negara mengalami pelbagai bentuk perubahan sama ada dari segi jumlah kes positif, pengenalan varian baharu atau subvarian coronavirus, selain wujud kebimbangan terhadap tahap transmisi virus.

“Kita menyaksikan subvarian BA.1 adalah paling dominan untuk kes dikaitkan Omicron sebelum ini. Saintis juga mengenal pasti subvarian BA.2 menyumbang kepada pertambahan kes sejak awal tahun ini.

“Kebimbangan ini ada asasnya kerana didapati tahap transmisi untuk varian ini lebih cepat merebak dan lebih mudah mengurangkan tahap keberkesanan antibodi badan melawan virus itu nanti,” jelasnya.

Tambah Prof Dr. Azizi, Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri sejak Mac lalu, menjangkakan subvarian BA.2 daripada Omicron akan menjadi dominan di negara ini. Keadaan ini akibat daripada kadar transmisi virus lebih pantas dalam kalangan pesakit dan komuniti.

Ini berdasarkan laporan kes berkaitan subvarian BA.2 didapati meningkat dengan ketara hingga 27 peratus dalam tempoh 1 hingga 17 Mac lalu, berbanding Januari dan Februari masing-masing hanya 0.9 peratus serta 2.7 peratus sebelum ini.

Trend semasa sebegini turut melanda di beberapa negara termasuk Denmark, India dan Nepal. Justeru, KKM akan terus melakukan kajian dan ujian pengamatan, sebagai kaedah pemantauan keadaan semasa Covid-19 di negara ini.

“Terkini, Malaysia mengesan tiga penularan Covid-19 membabitkan dua kes varian BA.5 dan satu jangkitan BA.4. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kes pertama membabitkan penularan varian berkenaan disahkan di negara ini. Kedua-duanya, iaitu varian BA.4 dan BA.5 dikategorikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai lineages under monitoring varian membimbangkan (VOC-LUM) di bawah varian Omicron,” ujar beliau.

Menurut data statistik semasa daripada KKM, secara keseluruhan hingga Jun lalu, jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan, iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 10 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26 2022 (ME 26/2022) berbanding ME 25/2022.

Jumlah kes positif Covid-19 dipantau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan. Walaupun pertambahan kes positif ini masih terkawal, setiap individu perlu mengambil maklum dan prihatin untuk terus mengambil semua langkah pencegahan seperti disarankan kerajaan.

Hampir semua sektor sosial dan ekonomi di negara ini dibuka sepenuhnya untuk mempercepatkan proses pemulihan serta keperluan kehidupan normal, perlu ditekankan kita belum lagi berada di fasa endemik.

Fasa peralihan ke endemik bermaksud penularan penyakit masih aktif di komuniti dan setiap individu dalam masyarakat tetap berisiko dijangkiti lebih-lebih lagi yang mempunyai komorbid lain.

Justeru, beliau menyarankan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penyakit perlu terus diamalkan setiap individu sama ada di premis pekerjaan, rumah dan ketika melakukan aktiviti sosial. Selain itu, setiap individu layak sangat digalakkan untuk mengambil dos penggalak Covid-19 kerana dos tambahan ini boleh membantu meningkatkan tahap imuniti badan melawan virus terbabit.

Bagaimanapun, sehingga 6 Julai, hanya 49.5 peratus daripada penduduk di negara ini menerima dos penggalak sedangkan kerajaan mempermudahkan pengambilan dos ini untuk semua.

Senario dan angka ini tentunya membimbangkan kerana berdasarkan pemerhatian penulis selepas kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik, ada individu tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam bangunan atau pejabat serta tidak lagi mengamalkan penjarakan fizikal.

Sebenarnya, ini memberi ruang virus yang sedia ada dalam komuniti boleh terus merebak. Ada juga individu tidak sihat, batuk atau selesema masih hadir ke tempat ibadat yang kita maklum menambahkan risiko jangkitan terutama golongan dewasa dan berumur.

Realitinya, risiko dijangkiti dan kemudaratan akibat Covid-19 masih serius dan perlukan kerjasama semua pihak mengawal penularan pandemik.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok