Terima realiti kehilangan kurangkan rasa hiba

February 23, 2023 · Isu semasa

Sesiapa sahaja akan berasa hiba apabila kehilangan orang yang tersayang. Hakikatnya, tidak salah untuk seseorang itu berasa hiba kerana ia adalah proses yang perlu dilalui sebelum dapat menerima hakikat dan menyesuaikan diri tanpa kehadiran individu terbabit.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang berdepan kehibaan rumit yang berpanjangan akibat kematian insan tersayang ini sehingga memberi kesan terhadap kehidupan sehariannya, kesihatan fizikal dan mental.

Menurut Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali,  apabila membicarakan mengenai kematian atau kehilangan kita tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai perasaan sedih dan hiba.

Katanya, pada dasarnya reaksi emosi ini pelbagai boleh dimulai dengan kesedihan, kemuraman, kekosongan, kehilangan kebahagiaan, kebimbangan dan yang paling jarang diketengahkan adalah reaksi emosi yang dinamakan kehibaan.

“Kehibaan adalah tindak balas atau reaksi emosi semula jadi terhadap kehilangan yang membabitkan pertautan hubungan seseorang yang disayangi. Semakin rapat hubungan dengan orang tersayang maka semakin rapat pertautan mereka dan ini menyebabkan seseorang itu terkesan dari segi emosinya.

“Dalam konteks ini kehibaan berlaku bukan sahaja terfokus kepada kehilangan individu yang disayangi tetapi ia mencakupi tamat dan putus sesuatu hubungan yang bermakna contohnya perceraian, individu yang disayangi menghidapi sakit kronik yang membawa maut, kehilangan faktor kehidupan yang penting seperti jaminan kewangan, kematian binatang peliharaan serta perubahan negatif terhadap kesihatan atau fungsi fizikal seperti kehilangan anggota badan.

“Apabila seseorang itu melalui pengalaman kehilangan ini, secara semula jadi mereka akan mengalami gangguan emosi, pemikiran dan tingkah laku jika gangguan ini tidak ditangani dengan baik,” katanya.

Katanya, antara langkah perlu diambil individu yang mengalami rasa kehibaan terhadap kehilangan ini adalah menerima realiti kehilangan itu.

“Seseorang itu boleh mengendalikan keperitan kehilangan itu sama ada melalui agama dan sosiobudaya. Sebagai contoh sedekahkan surah al- Fatihah, membaca surah-surah dalam al- Quran untuk meredakan keperitan kehilangan dan juga dari segi budaya iaitu mengadakan upacara perkabungan,” katanya.

Selain itu, individu itu perlu untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran di mana si mati hilang dan menempatkan secara emosi di dalam dirinya berkenaan kehilangan seseorang itu dan meneruskan kehidupannya.

“Walaupun sukar, namun ia adalah satu langkah yang amat perlu bagi seseorang untuk menghadapinya secara rasional.

Tempoh masa kehilangan biasanya akan dirasai antara enam minggu hingga tiga bulan.

“Namun jika tempoh kehilangan itu berlanjutan lebih dari tiga bulan dan diikuti dengan gangguan emosi serta pemikiran yang kronik seperti kehilangan nikmat hidup, marah, bingung, rasa bersalah, bimbang, takut, murung sehingga menjejaskan pengurusan diri, hubungan dengan kerja dan masyarakat maka seseorang itu perlu mendapatkan rawatan psikologi,” katanya.

Dr Shazli berkata, masyarakat perlu beri ruang untuk individu terbabit melalui proses kehilangan ini dengan memberi sokongan dan dorongan positif dari segi emosi, fizikal, spiritual dan sosial.

“Hulurkan bantuan sekiranya diperlukan kerana mungkin insan yang hilang itu adalah individu yang menjadi tempatnya bergantung.

“Oleh itu, mengiktiraf kehilangan itu penting dan menerima dengan reda mengenai kehilangan itu juga fasa rumit yang harus dilalui dengan positif. Ini kerana kehidupan kita harus diteruskan dengan fasa baru untuk meneruskan kehidupan yang dapat memberikan manfaat pada diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Masalah kemurungan tertinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan: Laporan
March 8, 2023· Isu semasa
Melancong, beriadah redakan stres
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok