Masalah kemurungan tertinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan: Laporan

March 8, 2023 · Isu semasa

Penduduk Wilayah Persekutuan adalah negeri yang paling ramai mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan (anxiety) melampau disebabkan beberapa faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata berdasarkan saringan yang dijalankan pada 2022, antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah itu adalah tekanan daripada ibu bapa dan masalah perhubungan dengan rakan sebaya, lapor Bernama.

“Golongan B40 juga ramai di Wilayah (Persekutuan) dan kita menemui ramai yang miskin bandar di Wilayah. Selain itu masalah perhubungan serta tekanan contohnya daripada ibu bapa … jadi stres anak-anak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu negeri paling tinggi menghadapi masalah mental dan kemurungan.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah untuk mengatasi permasalahan kesihatan mental yang dialami oleh masyarakat khususnya bagi kumpulan sasar termasuk kanak-kanak remaja, golongan muda dan warga emas.

Menurutnya kebanyakan masalah kesihatan mental yang dihadapi golongan muda dipengaruhi oleh faktor sosial seperti masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan substans, rasa rendah diri dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri yang menyumbang kepada stres yang tinggi, keresahan dan kemurungan.

Bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda, Dr Zaliha berkata KKM telah melaksanakan inisiatif seperti perkhidmatan kesihatan mental di 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), serta empat institusi mental meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.

Selain itu, Program Minda Sihat Sekolah yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan yang meliputi saringan dan intervensi menggunakan Modul Minda Sihat KPM dan Modul Kesihatan Mental Remaja KKM.

“Bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan mental dalam kalangan warga emas, KKM telah menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan mental di klinik kesihatan bagi mengesan awal masalah seperti dementia,” katanya.

Dr Zaliha menjawab soalan asal Mohd Sany yang ingin tahu langkah KKM dalam mengatasi masalah kesihatan mental yang dialami golongan muda dan warga emas.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
31 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
43 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok