Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras

July 6, 2023 · Isu semasa

Laporan psikiatri Muhammad Yasin Sulaiman yang dikeluarkan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mengesahkan penyanyi nasyid dan komposer itu tidak waras ketika kejadian membabitkan dadah, tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, berkata keadaan mental penyanyi itu bertambah baik sekali gus layak dibicarakan dan boleh membela diri atas tuduhan kes dadah.

“Ada tiga kesimpulan, pertama tertuduh disahkan menghidap penyakit bipolar dan hyperthyroidism (gangguan mental). Saya secara ringkas merujuk kepada laporan itu dan disahkan tertuduh tidak waras ketika kejadian.

“Ini perkembangan baharu bagi pihak pendakwaan dan saya diarahkan oleh pihak pendakwaan Selangor untuk memohon satu lagi tarikh sebutan.

“Saya perlu dapatkan arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan perkembangan itu. Sekiranya diberikan tarikh sebutan baharu, mohon sebulan dari hari ini,” katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah SesyenPetaling Jaya, Nik Nasimah Nik Mohammad, hari ini, lapor BH.

Gangguan bipolar adalah penyakit mental yang menyebabkan perubahan mood tinggi dan rendah yang teruk serta perubahan tidur, tenaga, pemikiran serta tingkah laku.

Orang yang mengalami gangguan bipolar boleh mengalami tempoh di mana mereka berasa terlalu gembira dan bertenaga dan dalam tempoh lain pula berasa sangat sedih, putus asa dan lesu.

Pada 8 Mei lalu, mahkamah memerintahkan penyanyi nasyid itu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk diperiksa tahap kesihatan mentalnya.

Hakim membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan peguam bela Yasin, Ariff Azami Hussein, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Pada 31 Mac 2022, Yasin, 48 yang terkenal melalui lagu ‘Mimpi Laila’ berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac tahun sama.

Bagaimanapun, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan berkenaan sebelum didakwa atas tuduhan memiliki ganja.

Penyanyi itu juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Sementara itu, Ariff Azami, berkata laporan perubatan itu mengesahkan dua perkara mustahak iaitu anak guam tidak waras ketika kejadian dan layak dibicarakan.

“Kami percaya perbicaraan terhadap tertuduh boleh diteruskan seperti dimaklumkan pendakwaan, bicara secara formal mengikut Bab 33 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) supaya akhirnya satu perintah di bawah Seksyen 347 CPC iaitu penghakiman pembebasan atas alasan gangguan mental dapat dikeluarkan.

“Perintah akhir di bawah Seksyen 348 CPC di mana pesakit dihantar semula untuk diubati hingga diperakui sihat oleh lembaga perubatan.

“Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan kes namun bagi menjimatkan masa, mohon tarikh bicara seawal mungkin selama dua hari,” katanya.

Hakim menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes manakala 28 serta 29 Ogos untuk bicara.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok