Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan

March 20, 2023 · Isu semasa

Dalam kehangatan rakyat membangkitkan isu menguruskan kewangan serentak bagi persiapan persekolahan anak, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, nampaknya masih belum ada penyelesaian yang jelas daripada kerajaan.

Lebih mengecewakan rakyat apabila kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun pelbagai pihak sudah menuntutnya kerana kesempitan hidup dihadapi semakin tenat.

Mana tidaknya, rata-rata pening memikirkan soal sumber kewangan sedia ada hingga menimbulkan kebimbangan buat pasangan suami isteri terutama yang mempunyai anak ramai.

Ini kerana, pendapatan bulanan yang diperoleh pada hujung Februari  dikatakan hanya cukup untuk membiayai hal perbelanjaan persekolahan anak-anak, sehingga terpaksa menangguhkan percutian.

Menurut Pensyarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Syed Mohamad Syed Abdullah, individu yang memikirkan ba­nyak perkara yang tertumpu pada satu masa mampu mengundang stres dan rasa gelisah.

“Stres berpunca apabila seseorang itu gagal me­nemui jalan penyelesaian atau solusi yang sedang difikirkannya terutama melibatkan kewangan.

“Maka, ini akan memberi lebih banyak tekanan kepada individu terbabit sehingga menjadi semakin serabut,” jelasnya.

Oleh itu, jika kita sebut tentang perbelanjaan dan keperluan harian, kita perlu lihat hirarki keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Sekiranya keperluan sekolah berada dalam senarai perkara asas, ia mesti didahulukan.

Menurut Syed Mohamad lagi, stres berkaitan kewangan juga berlaku apabila permintaan atau keinginan melebihi sumber kewangan yang diperoleh.

“Individu perlu merancang perbelanjaan. Ini bermaksud, jangan berbelanja sekali gus dan tidak berlebihan.

“Dalam hal ini, sewajarnya pengguna boleh membezakan keperluan dan kehendak atau keinginan yang merupakan dua perkara yang berbeza. Amalkan sikap berhemah,” ujarnya.

Beliau memberitahu, desakan anak-anak untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan juga menjadi penyebab masalah stres berlaku dalam kalangan ibu bapa hari ini.

“Sebenarnya, dalam hal ini, kita dapati bahawa anak-anak sukar memahami situasi yang dialami ibu bapa kerana mereka mempunyai kehendak masing-masing.

“Mereka (anak-anak) sukar memahami kekangan yang dialami ibu bapa. Namun, ada juga yang memahami dengan baik masalah yang dihadapi. Kaedah terbaik, ibu bapa seharusnya memberi penjelasan tentang perbelanjaan mereka kepada anak-anak dengan tenang dan rasional.

“Kewajaran ibu bapa perlu mengehadkan perbelanjaan. Utamakan keperluan utama yang perlu dibelanjakan dan pada masa sama, ibu bapa perlu melakukan perancangan per­belanjaan kepada anak-anak serta bagaimana menguruskannya mengikut kesesuaian,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Moha­mad berkata, khidmat kaunseling adalah pilihan tepat untuk pasangan mendapatkan titik penyelesaian.

“Kaunseling sebenarnya untuk semua termasuk tentang peri­hal kewangan dan perbelanjaan. Apabila ibu bapa terbeban dengan stres dan serabut jika memikirkan tentang kewangan, sebaiknya luah perkara tersebut supaya tidak memberi satu impak tekanan dalam bentuk pendaman yang negatif,” tambahnya.

Kesimpulan, pasangan suami atau isteri yang berdepan masalah stres atau murung berkaitan kewangan dinasihatkan agar bertenang, berhemah dan selesaikan dengan baik tanpa mengambil sebarang keputusan di luar jangkaan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
21 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok