Tanah runtuh: Operasi SAR disambung semula cari mangsa runtuhan

December 17, 2022 · Isu semasa

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, disambung semula 8 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata operasi SAR hari ini tertumpu kepada dua daripada tiga sektor kawasan pencarian melibatkan sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside), menurut laporan Bernama.

“Tumpuan diberi kepada dua kawasan dipercayai mangsa terperangkap iaitu di Farmview (sektor B) dan Riverside (sektor C)…ia berdasarkan kepada lokasi mangsa terakhir ditemukan antara dua lokasi tersebut semalam.

“Operasi SAR hari ini juga melibatkan penggunaan jentera berat atau jengkaut bagi mengalihkan tanah dan pokok besar yang tumbang bersama aliran tanah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan empat jengkaut itu bergantung kepada keadaan cuaca dan tanah dalam operasi hari ini.

Semalam tumpuan operasi diberikan kepada tiga sektor A (kem Hillview), B dan C.

Norazam berkata operasi hari ini melibatkan lebih 150 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Katanya, cabaran utama semalam dan hari ini adalah kestabilan runtuhan tanah berikutan masih terdapat aliran air dalam tanah serta kedudukan cerun 45 darjah serta ketebalan runtuhan tanah mencecah kedalaman 20 hingga 30 kaki (6.1 hingga 9.1 meter).

“Tiada pergerakan tanah setakat ini dilaporkan, namun keadaan tanah masih terdapat aliran air dan tanah lembut dikhuatiri boleh berlaku pergerakan dan gelinciran tanah yang boleh mengancam keselamatan pasukan penyelamat,” katanya.

Insiden sekitar 2.42 pagi Jumaat, di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya yang melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok