Tak sesuai PRU lagi, varian baharu lebih bahaya sudah muncul: Khairy

November 26, 2021 · Isu semasa

Sebarang usaha untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat adalah tidak sesuai buat masa ini, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kajian dan perbincangan sudah dijalankan dengan pakar perubatan berhubung isu mengadakan PRU-15, bagaimanapun semua melahirkan kebimbangan kerana risiko penularan yang masih tinggi ketika ini selain berdepan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan golongan pakar termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah).

“Pandangan KKM ialah PRU sebenarnya boleh dielakkan, berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tidak boleh dielakkan kerana sudah tamat tempoh.

“Manakala PRN Melaka terpaksa diadakan sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Disamping itu, Khairy juga berkata, lebih membimbangkan adalah kemunculan varian baharu Covid-19 yang amat berbahaya yang sudah berada dalam komuniti.

Kenyataan Khairy itu senada dengan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyifatkan ketika ini bukan masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15, malah pandangan semua pihak perlu diambilkira terlebih dahulu dan bukan hanya pandangan pemimpin UMNO sahaja.

“Kita tidak boleh hanya mengambil kira pandangan pemimpin parti UMNO sahaja tetapi perlu dengan pendapatan semua pihak termasuk rakyat di akar umbi kerana mereka yang nak keluar mengundi.

“Pada ketika ini rakyat mahu melihat sejauh mana kesungguhan kerajaan mahu melandaikan lagi penularan wabak Covid-19 dan yang kedua ialah dari segi pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata PRU-15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO dilaporkan sudah menyuarakan pandangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejurus kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok