Tak jalani ujian saringan Covid-19 tak boleh nikah di Pulau Pinang

September 23, 2021 · Isu semasa

Bakal pengantin yang ingin melangsungkan pernikahan di Pulau Pinang diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19, sekurang-kurangnya menggunakan kit ujian pantas antigen, sebelum akad nikah diadakan, berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan itu dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Bagi kit ujian pantas antigen Covid-19, ia perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung. Akad nikah hanya dibenarkan di Pejabat Agama Daerah dan pasangan pengantin yang didapati negatif sahaja dibenarkan meneruskan akad nikah.

“Bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran perjalanan daripada pihak polis. Jika gagal (rentas daerah atau negeri), boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihak mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zakuan berkata majlis akad nikah di pejabat agama daerah dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan hanya 10 pasangan dibenarkan setiap hari dengan tujuh orang membabitkan pengantin lelaki dan wanita, wali, saksi, ibu atau bapa pengantin lelaki serta jurugambar pada setiap sesi yang mengambil masa tidak lebih 30 minit.

Menurutnya, kursus praperkahwinan secara bersemuka ditangguhkan dan digantikan dengan proses temu duga dan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang.

“Pendaftaran bagi proses temu duga boleh dilakukan di laman sesawang emunakahat.penang.gov.com.

“Khidmat nasihat rumah tangga atau kekeluargaan secara bersemuka juga ditangguhkan dan hanya dijalankan secara dalam talian, iaitu melalui emel, talian pejabat atau talian khas pada hari bekerja bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Beliau berkata, JHEAIPP berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok