Taburan hujan di Johor jarang berlaku kata MetMalaysia

March 4, 2023 · Isu semasa

Kadar taburan hujan yang tinggi melanda Johor sejak beberapa hari lalu sesuatu yang jarang berlaku.

Namun Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata ia bukan luar biasa kerana menurut rekod ia pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

“MetMalaysia sudah menjangka empat sehingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023. Hujan berterusan yang sedang berlaku ketika ini adalah episod hujan lebat keenam,” katanya lapor BH.

Johor menjadi antara negeri yang teruk dilanda banjir kali ini susulan hujan turun berterusan sejak beberapa hari lalu.

Hari ini MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Johor dan Pahang sehingga esok.

Antara kawasan yang terlibat ialah Rompin, Pahang serta Segamat, Kluang dan Mersing, Johor.

Hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pekan, Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera, Pahang; Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan serta Melaka.

Selain itu, hujan berterusan dijangka berlaku tahap wsapada pada hari ini di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
23 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok