Sukan SEA: Tze Liang hadiahkan emas ketiga negara

May 9, 2022 · Isu semasa

Skuad terjun kebangsaan meneruskan momentum cemerlang di Sukan SEA ke-31 apabila atlet negara Ooi Tze Liang membutirkan pingat emas ketiga Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di Hanoi, hari ini.

Tze Liang menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam terjunan untuk menewaskan enam penerjun lain, lapor Bernama.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Singapura Avvir Tham Pac Lun yang mengutip 286.40 mata sementara seorang lagi wakil negara Betrand Rhodict Anak Lises berjaya membawa pulang pingat sulungnya di pentas Sukan SEA selepas meraih gangsa apabila mengutip 284.90 mata.

Terdahulu, berdasarkan keputusan tidak rasmi Betrand Rhodict menduduki tempat keempat di belakang penerjun Thailand Chawanwat Juntaphadawon.

Sementara itu, ini merupakan emas kedua peribadi Tze Liang dan ke-12 sepanjang beraksi di pentas temasya sukan dwitahunan itu selepas turut menjuarai acara 3m papan anjal seirama lelaki bersama gandingan Chew Yi Wei, semalam.

Berita berkaitan
Jangan sedih Dhabitah , layak ke final juga satu kejayaan: PM
August 2, 2021· Isu semasa
Pengguna rugi RM239,530 beli emas dalam talian
April 8, 2021· Isu semasa
Siti minat kumpul emas
April 7, 2021· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok