Yan Yee pula hadiahkan emas kelima negara acara terjun Sukan SEA

May 10, 2022 · Isu semasa

Malaysia terus mendominasi sukan terjun pada Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh di Hanoi, hari ini.

Hari ini giliran Ng Yan Yee pula menyumbangkan kilauan pingat emas kelima kontinjen negara menerusi final 3 meter (m) papan anjal wanita.

Ia adalah pingat emas kedua peribadi Yan Yee di temasya sukan dwitahunan itu selepas menyambar emas acara 3m papan anjal seirama wanita bergandingan bersama Ong Ker Ying.

Lebih manis pada aksi final hari ketiga sukan terjun itu, Ker Ying memastikan Malaysia menamatkan acara dengan pencapaian gemilang apabila merangkul pingat perak untuk mencipta kejayaan kedudukan podium 1-2, menewaskan enam penerjun lain.

Yan Yee dinobatkan juara apabila mengumpul keseluruhan 270.60 mata menerusi lima terjunannya, diikuti Ker Ying (242.40 mata) sementara wakil Singapura bangkit daripada ketinggalan untuk membawa pulang gangsa dengan mengutip 230.15 mata.

Malaysia menyasarkan menyapu bersih lapan pingat emas acara terjun yang ditawarkan pada Sukan SEA kali ini, untuk mengulangi pencapaian edisi 2019 di Filipina yang menyaksikan kem terjun membolot kesemua empat pingat emas dipertandingkan. – Bernama

Berita berkaitan
Anggota bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri diberi penghargaan
May 22, 2022· Isu semasa
Suami isteri terjun Jambatan Pulau Pinang
April 16, 2021· Isu semasa
Pengguna rugi RM239,530 beli emas dalam talian
April 8, 2021· Isu semasa
Siti minat kumpul emas
April 7, 2021· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
13 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok