Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun

August 8, 2022 · Isu semasa

Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri gagal dalam misinya menyumbang emas terjun pertama negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, setelah hanya memperoleh pingat perak.

Dia yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir, bagaimanapun sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus mempamerkan aksi mantap bagi memikat para juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.

Seorang lagi atlet terjun negara Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata.

Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Untuk Sukan Komanwel kali ini, memang saya tak fokus sangat (pada) acara ini (3m papan anjal) kerana saya lebih tumpu kepada acara 10m platform dan seirama,” katanya menurut Bernama.

Kali terakhir dia beraksi dalam acara tersebut ialah pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas dengan kedudukan di tempat keempat.

Semalam, Nur Dhabitah menyumbang perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee.

Sementara itu, satu-satunya wakil Malaysia dalam 10m platform lelaki akhir Bertrand Rhodict Lises mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding ketika pusingan kelayakan.

Dia mengumpul 419.60 mata untuk menduduki tempat keenam dalam acara tersebut yang dimenangi Cassiel Emmanuel Rousseau dari Australian dengan 501.30 mata, manakala Rylan Mackenzie Wiens dari Kanada membawa pulang perak (492.80 mata) dan peserta tuan rumah Matthew Lee meraih gangsa dengan 477.00 mata.

Berita berkaitan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak dan Selangor meningkat
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok