Skandal jual tanah lapangan terbang, MB Perak harap pihak berkuasa siasat

April 1, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Perak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu penjualan tanah yang dicadang dibangunkan sebagai lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri tidak akan sekali-kali berselindung malah mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin membuat laporan mengenai isu itu, lapor Bernama.

“Kalau ada sesiapa mahu membuat laporan maka siasatan akan dibuat, jadi terpulanglah. Biar pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Saya tidak akan menyapu sampah bawah permaidani, saya tidak akan menghalang apa-apa,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 kepada 58 kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara Perak Datuk Asmuni Awi dalam sidang media hari ini berkata penjualan tanah itu adalah di luar pengetahuan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan ia tidak pernah dibangkit serta dibincangkan dalam mesyuarat exco untuk diluluskan.

Semalam, Saarani berkata tanah itu telah dijual kepada sebuah syarikat swasta semasa pentadbiran kerajaan PH kerana semasa pemerintahan Barisan Nasional, ia dirizabkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak bagi tujuan pembinaan lapangan terbang antarabangsa.

Pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong Nga Kor Ming semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak mendakwa tanah itu telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab dan merupakan salah laku yang cukup serius.

Katanya pihak yang bertanggungjawab menjual tanah itu perlu diheret ke muka pengadilan.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Sultan Selangor titah mahu sidang DUN Selangor berlangsung tertib
October 19, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok