Sindiket pelaburan didalangi warga Britain tumpas, 81 individu ditahan

February 22, 2023 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 81 individu dan suspek disyaki ada kaitan dengan sindiket pelaburan antarabangsa didalangi warga Britain ditahan dalam Op Tropicana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.

Anggota sindiket itu dikatakan turut melibatkan warga Australia, Afrika Selatan dan Filipina.

Serbuan serentak operasi itu dilakukan ke atas 24 premis, termasuk tiga pusat panggilan, syarikat dan kediaman anggota sindiket terbabit di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, tanpa kehadiran pihak polis.

Sindiket yang dipercayai beroperasi sejak 2019 mengaut hampir RM200 juta daripada mangsa warga Australia dan United Kingdom (UK), malah dipercayai memberi suapan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus beroperasi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya bekerjasama dengan JIM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘ intelligence based investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan digunakan.

“Risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM,” katanya menurut BH.

Azam Baki berkata, modus operandi sindiket adalah menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial.

“Mereka dipercayai telah memperdaya mangsa dengan meyakinkan mereka supaya melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud dan syarikat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

“Ini adalah sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah AMLA SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengetuai serbuan mengesahkan 11 suspek disyaki terbabit dalam kegiatan itu ditahan, manakala 70 individu lagi ditahan JIM.

“Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan, dianggarkan berjumlah RM11 juta. Permohonan reman terhadap semua individu akan dilaksanakan pada 22 Februari (Rabu),” katanya.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok