Sindiket jual vaksin pula muncul tipu orang ramai

June 17, 2021 · Isu semasa

Menelefon orang ramai dan menawarkan pakej suntikan vaksin antara modus operandi sindiket penipuan terbaharu yang sedang aktif mengambil kesempatan ketika negara sedang berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Sindiket tersebut berjaya ditumpaskan selepas polis berjaya memberkas dua individu yang mempromosikan pakej dengan harga RM450 bagi warganegara manakala RM800 untuk warga asing secara dalam talian dan panggilan telefon.

Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dalam serbuan di Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa menerima maklumat daripada rakannya berkaitan tawaran pakej vaksin Covid-19.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek membuat penawaran pakej vaksin berkenaan melalui Facebook dan panggilan telefon.

“Pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah dan diletakkan dalam senarai menunggu.

“Pembayaran hanya perlu dibuat oleh pembeli selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin dalam aplikasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Kamarudin, suspek mendakwa kira-kira 30 sudah dihubungi berkenaan pakej vaksinasi terbabit dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan.

Ujar beliau, semakan lanjut mendapati sehingga kini, pendaftaran SCVP hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka individu persendirian.

“Kedua-dua mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung kegiatan penipuan berkaitan vaksin Covid-19.

“Kealpaan kita dalam program dan inisiatif yang sedang dilaksanakan ini boleh dimanipulasi oleh sindiket penipuan yang menangguk di air yang keruh bagi menjana keuntungan mudah.

“Kami juga menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penipuan penjualan vaksin Covid-19 kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok