Siasatan kes rasuah, pegawai Sivakumar ditamatkan kontrak: Laporan Malaysiakini

May 4, 2023 · Isu semasa

Ekoran siasatan berhubung kes rasuah, lima pegawai Menteri DAP V Sivakumar didakwa sudah ditamatkan perkhidmatan mereka serta-merta.

Menurut laporan portal Malaysiakini, lima pegawai Menteri Sumber Manusia itu yang didakwa terlibat dalam siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sementara seorang lagi pegawainya ditukar ke JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

Memetik sumber dalaman, Malaysiakini mendakwa semua pegawai Sivakumar itu sudah menerima surat pemberhentian kerja mereka dan tidak semua yang ditamatkan tugas itu disiasat SPRM.

Jelas Malaysiakini lagi, mereka juga sudah menghubungi menteri dan pejabat menteri untuk pengesahan.

SPRM sebelum ini menyerbu pejabat kementerian itu di Putrajaya dan menahan seorang pegawai kanan Sivakumar.

SPRM turut menahan setiausaha sulit Sivakumar berhubung siasatan rasuah itu.

Selain itu, seorang ahli perniagaan dari Ipoh turut ditahan dalam siasatan yang dikatakan melibatkan rasuah bernilai RM97 juta.

Difahamkan siasatan SPRM turut bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Susulan itu, Sivakumar telah menggantung tugas tiga pegawai kanannya, termasuk seorang setiausaha sulit dan seorang pegawai tugas-tugas khas (PTTK) yang ditahan SPRM.

Namun, selepas tamat reman, tempoh penggantungan seorang pegawai dikekalkan. Sementara dua lagi mengambil cuti sehingga tamat siasatan tersebut.

Berita berkaitan
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
22 minit lalu· Isu semasa
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
5 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok