Siasatan bekas pegawai Menteri DAP masih berjalan, menteri tak dedah butiran

June 12, 2023 · Isu semasa

Beberapa bekas pegawai kepada seorang Menteri DAP masih lagi berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana itu berkata siasatan terhadap pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia tetapi SPRM tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara tersebut ketika ini.

Terdahulu, soalan berhubung isu tersebut diajukan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee dalam satu hantarannya di Facebook, berkata, baharu mendapat jawapan bertulis kepada soalan lisan dikemukakan di Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu yang tidak sempat dijawab oleh menteri di Dewan Rakyat.

“Saya tanya hasil siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan pengambilan pekerja asing yang dikatakan melibatkan beberapa pegawai kanan menteri sumber manusia.

“Saya juga tanya, sejauh mana magnitud gejala ini memberi implikasi terhadap komitmen kerajaan perpaduan membanteras rasuah dengan berkesan,” katanya dalam hantaran Facebook akaunnya.

Bahagian akhir soalannya itu tidak dijawab oleh Azalina.

Bulan lalu, media melaporkan lima pegawai kementerian berkenaan telah ditamatkan perkhidmatan mereka berkuat kuasa serta-merta manakala seorang lagi dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Keenam-enam mereka dilantik oleh Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Ketika itu, sumber kerajaan berkata kontrak mereka ditamatkan kerana siasatan SPRM manakala yang pula yang mendakwa ia adalah kerana prestasi buruk mereka.

Sivakumar kemudian mengesahkan pemberhentian mereka dan berkata ia dilakukan bagi memastikan kementerian dapat terus berfungsi dengan baik.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok