Sesi persekolahan akan terus dibuka

April 26, 2021 · Isu semasa

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementeriannya komited untuk meneruskan sesi persekolahan kerana yakin prosedur operasi standard (SOP) dapat mengawal penularan Covid-19.

Katanya, daripada data yang diperolehi jelas menunjukkan sekolah adalah tempat selamat dan bukan tempat pencetus kluster Covid-19 seperti yang dikatakan pelbagai pihak.

Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan daripada 99 kluster pendidikan, 52 daripadanya membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dengan 2,274 kes.

“Ia adalah 4.8 peratus daripada keseluruhan kluster atau 2.07 peratus daripada kes kluster. Daripada kes itu 1.42 peratus atau 1,559 kes melibatkan sekolah berasrama dan hanya 0.53 peratus atau 585 kes melibatkan sekolah bukan asrama, tidak sampai satu peratus pun,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu katanya, bagi memperketatkan pematuhan SOP di asrama, pihaknya akan menambah baik langkah tertentu melalui pasukan petugas khas yang ditubuhkan.

Bagaimanapun katanya, arahan penutupan sekolah akan dilaksanakan jika keadaan bertambah buruk dan mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau turut berkongsi peratusan kehadiran ke sekolah sejak 1 Mac hingga 23 April iaitu 90.26 peratus yang disifatkan tinggi.

“Ini bermakna ketika murid telah masuk ke sekolah walaupun kes tinggi, keadaan pembelajaran berlangsung dengan baik dan dalam keadaan yang selamat.

“Apabila kita turun ke bawah dan tanya anak-anak, mereka ‘excited’ ke sekolah. Guru-guru juga boleh lihat tahap penguasaan murid-murid, mereka menggunakan masa yang ada ini untuk membawa murid-murid ke tahap penguasaan minima, ibu-bapa juga mahu anak-anak ke sekolah,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok