Seorang lagi ditahan kes projek kapal tempur TLDM RM9.128 bilion

January 26, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai broker berhubung kontrak perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malam tadi.

Lelaki itu dilaporkan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berhubung kes itu sekitar jam 9.30 malam.

Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen mengandungi matan palsu, lapor AstroAwani yang memetik sumber.

Menurut sumber itu lelaki terbabit ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 30 Januari depan setelah Majistret Shah Wira Abdul Halim memberi kebenaran.

Difahamkan, suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kelmarin, SPRM menahan dua ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam kapal LCS oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Individu yang masing-masing berusia 49 dan 79 tahun adalah CEO syarikat yang terlibat dalam projek tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang kelmarin.

Pada 21 November lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

Untuk rekod, enam LCS kelas Frigat akan dilengkapi peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya sistem Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.

Selain itu, LCS yang diperolehi ini mempunyai reka bentuk stealth yang moden dan bakal memenuhi keupayaan pertahanan abad ke-21. Perolehan ini akan turut mengukuhkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019. Berita berkaitan

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok