Selepas TikTok, kerajaan PH-UMNO-DAP sasar gam pendakwah Islam

December 14, 2022 · Isu semasa

Pendakwah bebas terkenal yang sering mengeluarkan kecaman terhadap ultra kiasu, Ridhuan Tee Abdullah, dilaporkan menjadi mangsa terbaharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)-UMNO-DAP pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baharu dibentuk.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ridhuan Tee ketika dihubungi hari ini (14 Disember 2022), mengesahkan beliau tidak dibenar menjadi ahli panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam, di RTM1, esok (Khamis).

Beliau dilaporkan memberitahu bahawa larangan itu dibuat atas arahan Menteri Komunikasi dan Digital kerajaan PH-UMNO-DAP.

Ridhuan Tee memang terkenal dengan kenyataan kerasnya terhadap ultra kiasu – kumpulan ekstremis dalam kalangan DAP dan MCA – dalam usahanya mempertahankan kesucian agama Islam.

Pada masa sama bekas veteran UMNO Tan Sri Annuar Musa, yang mempersoalkan sama ada khabar angin yang tular dalam media massa itu benar atau sebaliknya.

Ridhuan Tee dilaporkan digam oleh RTM setelah menerima arahan daripada menteri PH-UMNO Fahmi Fadzil.

“Benarkah?… Jika benar ianya amat mendukacitakan.Usahlah ganggu Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

“Ia dah lama wujud… ia amat digemari rakyat sejak dulu. Ia sangat bermanfaat kepada muslimin, muslimat dan rakyat keseluruhannya,” kata Annuar dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Perkongsian Annuar Musa mendapat lebih 600 komen daripada netizen yang menyelar langkah kerajaan membatalkan program itu kerana menganggap ia tidak sepatutnya dijadikan medan berpolitik.

Terdahulu, tular tangkap layar perbualan WhatsApp dan Facebook yang turut mengandungi poster Forum Perdana Hal Ehwal Islam malam esok (15 Disember) bertajuk Seluas Angkasa yang membariskan Ridhuan Tee dan Ustaz Datuk Kazim Elias.

Untuk rekod, pada 2018, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu telah menghantar surat kepada media elektronik memaklumkan senarai nama yang telah dipersetujui Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk siaran RTM.

Surat yang ditular itu turut menyenaraikan nama Ridhuan Tee yang diterima daripada Pegawai Tugas-tugas Khas (Bahagian Agama) Jabatan Perdana Menteri.

Surat berkenaan juga memaklumkan Jabatan Perdana Menteri telah membuat tapisan dari segi kelulusan, kelayakan, kepakaran dan mentauliahkan kesemua penceramah berkenaan.

Tindakan Gobind dilihat telah mencampuri urusan agama Islam dan mendapat tentangan banyak pihak.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
3,997 laman sesawang langgar undang-undang sudah disekat SKMM
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok