Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul

October 21, 2023 · Politik

Langkah menyekat dan memberi tekanan kepada pengamal media yang mengkritik kerajaan campuran adalah tindakan bacul, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS itu mendakwa banyak pengamal media yang diberi tekanan tidak munasabah kerana menyiarkan artikel tidak memihak kerajaan sehingga ada diarah menurunkan kandungan oleh pihak berkuasa.

“TV Pertiwi misalnya, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) meminta mereka menurunkan enam kandungan videonya. Pada Jun tahun ini, portal MalaysiaNow disekat selama 48 jam.

“Pada bulan Julai, UtusanTV juga disekat. Malaysia Today juga kena. Semuanya ini disekat kerana menyiarkan berita kritikan kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya ketika berucap menyokong usul kebebasan media dan bersuara di Muktamar PAS Ke-69, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menambah, SKMM mengarahkan syarikat telekomunikasi menyekat enam akaun telefon seorang aktivis media sosial dan lima orang ahli keluarganya.

Disebabkan hal itu, aktivis terbabit membuat permohonan semakan kehakiman berhubung hal berkenaan.

“Banyak sekali aduan oleh penggiat TikTok, Facebook dan Twitter yang mengadu akaun mereka dibekukan. Content (kandungan) akaun mereka dipadam termasuk dalam akaun TikTok saya sendiri. Punya takut punya kerajaan. Bacul,” sindirnya.

Katanya lagi, semua tindak-tanduk tersebut menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada SKMM dan polis.

“PAS Pusat memberikan peringatan kepada kerajaan Madani yang berkonsepkan pembinaan tamadun seharusnya berdiri atas kekuatan memperjelaskan sesuatu yang kabur.

“Bukan mengheret kerajaan Madani menjadi sebuah kerajaan Badawi,” tegasnya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
18 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok