Selepas beberapa bulan jawatan Ketua Audit kosong, kerajaan umum lantikan baharu

June 12, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran mengumumkan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu, berkuat kuasa esok.

Lantikan Ketua Audit yang baharu itu dibuat selepas beberapa bulan jawatan tersebut kosong apabila pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH)-UMNO tidak melantik penganti yang tamat kontrak pada Februari lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan perundingan dengan Majlis Raja-Raja.

“Dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa mulai 13 Jun 2023.

“Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) , Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa kerajaan segera mengisi jawatan Ketua Audit Negara yang dikosongkan sejak empat bulan lalu, dengan melantik individu berlatar belakang dalam perakaunan dan pengauditan.

“Kerajaan perlu melantik Ketua Audit Negara yang mempunyai latar belakang perakaunan dan pengauditan bagi memberi nilai tambah pada Jabatan Audit Negara dalam melaksanakan pengauditan secara profesional.

“Lantikan bekas KSU kementerian sebagai Ketua Audit Negara perlu dielak walaupun justifikasi pelantikan disebabkan mereka tahu mengenai selok-belok pentadbiran awam.

“Bagaimanapun, lebih baik Ketua Audit Negara mempunyai latar belakang profesional dalam bidang kewangan atau pengauditan,” katanya pada sidang media sebelum ini.

Untuk rekod, kekosongan jawatan Ketua Audit Negara itu selepas Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid tamat kontrak pada Februari lalu.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok