Selepas Bajet dibentang, nilai ringgit semakin melemah

February 28, 2023 · Isu semasa

Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS selepas pasaran ditutup rendah hari ini apabila pelabur beralih ke aset selamat di tengah-tengah kebimbangan prospek kadar faedah global.

Bajet 2023 yang dibentang pada Jumaat lalu tidak menarik minat pelabur walaupun pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), malah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dibenarkan.

Pada jam 6 petang, mata wang ringgit susut nilai kepada 4.4850/4895 berbanding dolar AS berbanding kadar penutup pada Isnin, 4.4755/4805.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata nota tempatan itu terus bergelut dalam menghadapi pengumuman dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, ia memandangkan pasaran menjangkakan kadar dana rizab yang lebih tinggi.

“Jika data AS (ekonomi) kekal kukuh dan inflasi kekal tinggi, ia akan memaksa pasaran untuk terus berdebat mengenai lebih 6 peratus untuk kadar dana Rizah, justeru ringgit boleh melemah lebih banyak lagi,” katanya dipetik laporan Bernama.

Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata pelabur juga berkemungkinan memantau sebarang peningkatan daripada perang Rusia-Ukraine kerana Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen telah memberi amaran berhubung “kesan teruk” terhadap China jika memberikan sokongan material kepada Rusia yang melanggar sekatan AS.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3247/3285 daripada 3.3162/3204 pada penutup Isnin, jatuh berbanding euro kepada 4.7572/7620 daripada 4.7212/7265 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4152/4206 daripada 3.4152/4206 daripada 3.665.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2799/2835 daripada 3.2816/2855.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu· Isu semasa
Ringgit meneruskan tren melemah berbanding dolar
20 jam lalu· Isu semasa
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan susulan krisis siling hutang AS
May 27, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
39 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok