Saya mohon maaf sangat-sangat, kata Azizulhasni gagal raih emas

August 8, 2021 · Isu semasa

Berkali-kali beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalannya mencipta kilauan emas final acara keirin basikal pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Sukar baginya menerima pingat perak, namun itulah hakikatnya setelah Datuk Azizulhasni Awang memeluk Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dalam esak tangis melepas kesedihannya.

Namun bagi rakyat Malaysia, Azizulhasni sebenarnya tidak mempunyai alasan untuk meminta maaf terhadap sesiapa pun.

Apa lagi setelah seluruh negara menyaksikan kegigihannya mengerahkan kudrat melakukan kayuhan, hingga penamat acara di Velodrom Izu, Shizuoka hari ini.

Pelumba berusia 33 tahun itu tetap tenang menjawab semua soalan dilontarkan kepadanya ketika ditemu bual wartawan selepas perlumbaan walaupun beliau benar-benar kecewa selepas menduduki tempat kedua di belakang Jason Kenny dari Great Britain.

Pingat gangsa milik juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen.

Ketika temu bual, Azizulhasni sekali sekala kelihatan sedih dan mengalirkan air mata kerana gagal menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik, apabila memenangi pingat perak.

Namun, ketika bersemuka dengan Reezal Merican, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu jelas tidak dapat menyembunyikan kesedihan.

Sambil menangis teresak-esak, Azizulhasni berkali-kali meminta maaf kerana gagal menunaikan harapan seluruh rakyat Malaysia itu.

“Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya yang meraih pingat Olimpik pertamanya pada edisi Rio 2016 dengan pingat gangsa dalam acara keirin, selepas gagal melayakkan ke peringkat akhir temasya Beijing 2008, dan menduduki tempat keenam dalam edisi London 2012.

Memetik Bernama Reezal Merican dan Mohamad Norza kemudian memujuk Azizulhasni sambil menyatakan beliau sudah memberikan yang terbaik dan pencapaian itu menjadi kebanggaan negara.

Dikenali dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’, Azizulhasni menampilkan prestasi mengagumkan dan sudah memberikan yang terbaik dalam perlumbaan itu.

Pada saingan hari ini, Azizulhasni mendapat tempat kedua dalam acara keirin lelaki selepas ketinggalan 0.763 saat di belakang pelumba Great Britain itu yang mempertahankan kemenangannya di temasya Olimpik Rio pada 2016.

Pencapaian Azizulhasni itu merupakan pingat kedua negara selepas pasangan beregu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa

Ditanya sama ada beliau akan terus bersaing pada Olimpik 2024 di Paris, Azizulhasni berkata mengikut perancangan memang beliau berhasrat bersaing pada temasya sukan itu.

Namun Azizulhasni berkata selepas temasya Olimpik Tokyo, beliau ingin berehat terlebih dahulu selepas pelbagai suka dan duka ditempuhinya sebelum beraksi pada temasya sukan di Tokyo itu.

“Semasa menjalani latihan pusat, saya terpaksa tinggalkan lama isteri dan anak-anak di Melbourne sedangkan anak-anak sedang membesar.

“Semasa saya hendak berlepas ke Tokyo, saya dapat tahu ayah saya pula dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana diserang mild strok. Tetapi saya perlu laksanakan tanggungjawab saya kepada negara,” katanya.

Beliau turut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbangkan pingat emas pertama kepada negara walaupun sudah melakukan yang terbaik sehinggalah di saingan final.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok