Saya layak galas tugas duta: Tajuddin

May 28, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau layak menggalas tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia berdasarkan pengalaman dalam politik dan sektor korporat selama lebih 40 tahun.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan beliau tidak berkualiti untuk menggalas tanggungjawab itu.

Katanya pihak terbabit yang membuat kritikan itu sebenarnya tidak mengetahui latar belakangnya yang merupakan ahli perniagaan dan ahli politik sejak berusia 25 tahun.

“Mereka kata saya tiada kualiti sebagai duta sedangkan mereka tidak tahu pun latar belakang saya. Saya masuk dunia perniagaan ketika berusia 25 tahun, begitu juga politik. Saya ada lebih 40 tahun pengalaman untuk dua bidang itu.

“Dalam politik, saya menjadi wakil rakyat ketika berusia 56 tahun iaitu pada tahun 2004 sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya menurut laporan Utusan.

Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengulas kritikan pihak tertentu berkaitan pemilihannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, ketika ditemui pemberita pada Jamuan Raya TT Education Group di Kolej Antarabangsa Taj di Ipoh, hari ini..

Mengulas lanjut Tajuddin berkata pelantikan ahli politik bagi mengisi jawatan bertaraf duta juga tidak patut dijadikan isu kerana ia bukan perkara baharu sebaliknya telah diamalkan sebelum ini.

Sebagai contoh, katanya Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pernah menjadi Duta Besar ke Indonesia, demikian juga Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat.

“Ada negara yang lantikan dutanya mahupun negara yang menerima cadangan calon bukan dalam kalangan pegawai tadbir diplomatik (PTD), ada antara mereka ahli politik atau tokoh korporat. Ini pernah berlaku tetapi kenapa sekarang pula dipertikaikan?

“Itu (lantikan duta) terpulang kepada Perdana Menteri dan perlu mendapat persetujuan Yang Dipertuan Agong,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Tajuddin turut mengulas kritikan pihak tertentu kononnya beliau tidak layak menjawat jawatan duta ekoran kelantangannya, sambil menyifatkan ia sebagai tindakan tidak profesional.

“Kalau hendak menyerang, seranglah atas dasar individu itu tidak ada kelulusan atau pengalaman, individu itu pencuri atau penyamun. Ini serangan peribadi kerana bersuara lantang, apa masalah saya lantang? Adakah ini profesional atau tidak?

“Keras pun salah, lemah pun salah. Kita keras dan lembut pada masa dan tempatnya, itu pegangan saya. Saya tak boleh lembut sepanjang masa, ada masa saya kena tegas,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok