Saman Goldman Sachs, kerajaan akan ikut rangka undang-undang: Johari Ghani

October 12, 2023 · Isu semasa

Kerajaan akan memberi respon mengikut rangka kerja undang-undang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara terhadap tindakan Goldman Sachs mahu menyelesaikan pertikaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara timbang tara.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs ini kerana kedua-dua pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Bagaimanapun susulan perkembangan terbaharu tersebut, kerajaan Malaysia bersedia untuk memberikan respon terhadap perkara itu dan memastikan proses ini dilakukan dengan teliti dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” kata Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB (pemulihan aset), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Bloomberg melaporkan bahawa Goldman Sachs Group Inc menyaman Malaysia di mahkamah United Kingdom ketika berlaku percanggahan mengenai penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya dalam skandal dana pelaburan 1MDB.

“Kami memfailkan timbang tara terhadap kerajaan Malaysia kerana melanggar kewajipannya untuk mengkreditkan aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian kami dan untuk mendapatkan semula aset lain,” laporan itu memetik seorang jurucakap bank yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Johari berkata tindakan Goldman Sachs memulakan prosiding timbang tara juga dilihat sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kewajipan bank itu untuk melakukan pembayaran interim sebanyak AS$250 juta (AS$1=RM4.72) di bawah perjanjian penyelesaian tersebut.

Perjanjian penyelesaian dan lanjutan tarikh akhir

Untuk memastikan orang ramai dimaklumkan sepenuhnya mengenai situasi semasa, beliau menyediakan kronologi perkara penting yang berlaku berkaitan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs:

Perjanjian Penyelesaian Goldman Sachs telah ditandatangani pada 18 Ogos 2020, terdiri daripada dua bahagian — pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion yang dibayar 10 hari selepas menandatangani perjanjian penyelesaian; dan jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion oleh Goldman Sachs dalam tempoh lima tahun dari tarikh perjanjian penyelesaian.

Di bawah jaminan pemulihan aset, jika kerajaan Malaysia tidak mendapatkan semula jumlah AS$500 juta menjelang 18 Ogos 2022 (dua tahun selepas perjanjian penyelesaian ditandatangani), Goldman Sachs perlu membayar AS$250 juta sebagai bayaran interim kepada kerajaan.

Pada 18 Ogos 2022, perakaunan yang disediakan oleh kerajaan kepada Goldman Sachs menunjukkan bahawa ia tidak mendapat semula AS$500 juta, justeru itu kerajaan berhak untuk menerima bayaran interim sebanyak AS$250 juta, bagaimanapun ia dipertikaikan oleh Goldman Sachs.

Perjanjian penyelesaian tersebut membenarkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan bagi tempoh tiga bulan sekiranya timbul pertikaian berkaitan dengan perjanjian penyelesaian berkenaan.

Lanjutan masa yang berasingan telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Goldman Sachs apabila tarikh akhir ditetapkan pada 18 Ogos 2022 telah tamat tempoh dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian itu secara baik.

Johari berkata empat lanjutan tempoh yang diberikan adalah seperti berikut:

(a) Goldman Sachs meminta lanjutan masa selama tiga bulan pada 8 September 2022, dan lanjutan tempoh ini tamat tempoh pada 8 Disember 2022 (Lanjutan masa pertama);

(b) Pada 8 Disember 2022, lanjutan masa telah diberikan dan ia tamat tempoh pada 8 Februari 2023
(Lanjutan masa kedua);

(c) Pada 8 Feb 2023, lanjutan masa telah diberikan sekali lagi, dan ia tamat tempoh pada 8 Mei 2023 (Lanjutan tempoh ketiga); dan

(d) Lanjutan masa terakhir diberikan pada 8 Ogos 2023 dan tamat tempoh ditetapkan pada 8 November 2023 (Lanjutan masa keempat).

Johari berkata jika penyelesaian tidak dicapai antara pihak terlibat pada tarikh akhir, 9 November 2023, kerajaan boleh memulakan prosiding timbang tara berhubung pembayaran interim sebanyak AS$250 juta.

“Ketika ini dan seperti yang dinyatakan di atas, pihak yang terlibat masih dianggap berada dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik dan sebagai pihak yang terkilan, Pasukan Petugas 1MDB melihat permulaan prosiding timbang tara Goldman Sachs sebagai tindakan pramatang dan tanpa pertimbangan sewajarnya dengan prasyarat yang diperlukan,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok