Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib

October 5, 2022 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low hadir pada mesyuarat yang berlangsung di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank, Cheah Tek Kuang bahawa beliau nampak Jho Low berada di rumah Najib yang kini bergelar banduan terletak di Kenny Hills, Bukit Tunku pada 2011 bagi membincangkan urusan pembukaan akaun peribadinya.

Tek Kuang semasa disoal balas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata melihat Jho Low di rumah Najib semasa berada dalam kereta membawanya tiba di rumah tersebut.

“Saya melihat Jho Low dalam kereta lain. Kami tiba di kediaman itu dan dibawa ke bilik berasingan. Jho Low tidak bercakap dengan saya dan begitu juga saya tidak bercakap dengannya langsung,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam perbicaraan semalam, saksi itu berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Najib di kediamannya bagi membincangkan pembukaan akaun semasa dan penerimaan hadiah sumbangan berjumlah AS$100 juta.

Menurutnya, dalam pertemuan berkenaan, Najib sendiri memaklumkan bahawa wang terbabit akan dimasukkan ke dalam akaunnya dan Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu ia sumbangan Kerajaan Arab Saudi untuk aktiviti agama Islam.

Terdahulu, Tek Kuang berkata, beliau kurang mengenali ahli perniagaan itu secara peribadi dan sepanjang yang diketahui, Jho Low tiada urusan dengan Ambank.

Katanya, beliau hanya bertemu Jho Low, beberapa kali, yang mempunyai tabiat datang lambat.

“Ada satu ketika, Low hendak makan tengah hari dengan saya dan semua sudah diuruskan tetapi dia mempunyai tabiat selalu tiba lewat.

“Ia bukan lima minit lewat, lebih daripada setengah jam. Saya bertemunya hanya dua atau tiga kali. Perjumpaan ini tiada kena mengena dengan urusan perniagaan, tetapi pertemuan majlis sosial.

“Ada ketika dia datang sangat lambat. Selepas itu, saya memilih untuk datang pada pertemuan lain kerana tidak mahu melayan perangai sebegitu,” katanya.

Ketika disoal oleh Muhammad Shafee sama ada Jho Low mempunyai tabiat memberikan hadiah, saksi itu berkata: “tidak, tidak, saya tidak perlukan hadiah”.

Tek Kuang memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok