Sabah baru capai 70.3 peratus penduduk lengkap vaksinasi

October 13, 2021 · Isu semasa

Sabah baru mencapai 70.3 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang lengkap mendapatkan vaksin Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata peratusan itu mewakili 1,939,517 penduduk berumur 18 tahun ke atas.

Menurut Berita Harian, beliau berkata, penduduk dewasa di negeri itu yang menerima satu dos vaksin ialah seramai 2,079,569 orang atau 75.4 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah.

“Kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima satu dos vaksin setakat 11 Oktober ialah 2,380,981 orang, dengan 2,079,569 orang adalah penduduk dewasa iaitu bersamaan dengan 75.4 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah.

“Penduduk Sabah yang menerima dos lengkap ialah 2,055,483 orang. Daripada jumlah ini, seramai 1,939,517 orang atau 70.3 peratus adalah penduduk dewasa,” katanya.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata bagi vaksinasi remaja berumur 12 tahun hingga 17 tahun, seramai 301,412 orang atau 70.7 peratus sudah menerima satu dos vaksin setakat semalam.

Katanya, seramai 115,966 atau 27 peratus daripada jumlah remaja di Sabah pula sudah menerima vaksin lengkap setakat semalam.

“Laporan vaksinasi harian Covid-19 semalam merekodkan 41,979 orang menerima vaksin, iaitu 15,003 penduduk dewasa, manakala seramai 26,976 orang adalah remaja,” katanya.

Sabah disasar mencapai imuniti kelompok vaksin Covid-19 atau 80 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin pada awal bulan depan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok