
Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai mengiringi wang tunai maut ditembak, manakala rakannya pula cedera dalam satu rompakan di Puchong Prima, Selangor, petang semalam, 11 Mac 2022.
Polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, Selangor, hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai, lapor Bernama.
“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mereka hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk di bawa ke bank berkenaan.
“Suspek yang terlibat berjaya meloloskan diri,” katanya
Bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti.