Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang

November 3, 2023 · Isu semasa

Tiga pekerja warganegara Bangladesh maut selepas dipercayai tertimbus tanah semasa mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya, dekat Kampung Maka, Pulai Chondong, Machang hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang tadi, lapor Bernama.

“Kesemua mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke Hospital Machang untuk proses selanjutnya,” katanya.

Seorang saksi kejadian Anies Asiykin Ariffin, 29, berkata beliau hanya sedar mengenai kejadian itu selepas terdengar jeritan beberapa pekerja di tapak pembinaan itu yang berlari meminta pertolongan daripada pemandu jentera pengorek untuk menyelamatkan rakan mereka yang tertimbus.

“Pada waktu itu, saya sedang memasak di dapur, jarak antara rumah saya dengan tempat kejadian kira-kira 50 meter, saya terkejut apabila dengar jeritan pekerja-pekerja terbabit,” katanya.

Seorang lagi saksi Amiro Anuar, 36, pula berkata beliau terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya di salah sebuah sekolah di sini, selepas menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Pada waktu itu, saya amat bimbang mengenai apa yang berlaku kerana rumah saya sangat dekat dengan lokasi kejadian, kira-kira dalam 50 meter.

“Apabila sampai di rumah, saya lihat ramai orang kampung melihat kejadian dan ada beberapa polis serta bomba turut berada di lokasi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok