RM3.5 bilion Jaringan Prihatin dilancar PM

May 5, 2021 · Isu semasa

Kerajaan hari ini melancarkan Program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 untuk mendapatkan internet yang dianggap sebagai keperluan utama pada masa ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program ini adalah sebuah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 yang akan memperkasa rakyat melalui kemudahan peranti dan akses internet dan mampu memaanfatakan kira-kira 8.5 juta rakyat.

“Daripada RM3.5 bilion itu, RM2 bilion dibelanjakan kerajaan, manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula memberikan sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion, terutama dalam bentuk data percuma,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jaringan Prihatin secara maya, di Putrajaya, hari ini.

Katanya, Malaysia terus komited untuk meningkatkan kesalinghubungan di negara ini sejajar dengan matlamat minimun 75 peratus kesalinghubungan yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan kos jalur lebar tidak melebihi kos 2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) perkapita bulanan menjelang tahun 2025.

“Dalam usaha kita untuk memerangi pandemik dan untuk meletakkan ekonomi Malaysia lebih inklusif mahu tak untuk kita kena rapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat, terdapat keperluan untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses internet dengan kos yang berpatutan,” katanya.

Bermula suku pertama 2021, lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.

Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023· Dunia
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok