Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$11.2 bilion setakat Ogos 2023

August 22, 2023 · Isu semasa

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$112.2 bilion (US$1=RM4.647)) pada 15 Ogos 2023 berbanding US$112.9 bilion pada 31 Julai, 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut laporan Bernama.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$99.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (US$3 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM624.28 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM525.53 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.71 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.05 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM179.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.30 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.93 bilion), deposit-deposit lain (RM37.36 bilion), kertas Bank Negara (RM32.78 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17bilion).

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
19 jam lalu · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok